Uncategorized

Kerana Isu Syed Saddiq, Dira Abu Zahar Dapat ‘Title Anugerah Wanita Terbodoh Peringkat Malaysia’?

Share

Semalam, nama pelakon dan pengarah, Dira Abu Zahar kecoh di Twitter apabila memuat naik ‘tweet’ berkaitan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Tindakannya itu mendapat perhatian pelakon, Sharifah Amani yang kemudiannya ‘menasihati’ Dira supaya tidak berkelakuan sedemikian.

Susulan itu, menerusi pemerhatian MH, ruangan komen Instagram Dira dihujani dengan komen-komen netizen yang kebanyakkannya adalah negatif terutama apabila dia memuat naik kapsyen ‘bangkit’.

“And I have promised to myself, that I will keep on looking for you. I will comeback to the future. #Bangkit,” tulisnya.

Bagaimanapun, terdapat juga komen-komen positif terhadap Dira yang diberikan oleh netizen.

Pada MH, netizen tidak perlulah terlalu keras ‘membawang’, sebagai manusia biasa, semua orang melakukan kesilapan.

Bagi kami tiada salahnya jika Dira bersuara, masing-masing punyai hak cuma jangalah sesenangnya mengatakan dan menggelarkan orang dengan perkara-perkara yang tidak elok.

Apa-apapun, Janganlah bergaduh / mengutuk / mengeji / mengfitnah / mengeruhkan lagi keadaan, Jom kita baca Al-Quran selama satu jam pada 7 Jun 2018 bersama-sama!

sumber: IG Dira Abu Zahar

IKLAN