Uncategorized

Kerana Didik Anak Bertudung, Lufya Di Hentam Netizen, Dah Kenapa?

Share

“But Why?”

Itulah antara persoalan daripada bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Lufya Sheikh Omar gara-gara dirinya dikritik hebat kononnya terlalu awal mendidik anak untuk bertudung.

Melalui laporan mStar Online, netizen tersebut beranggapan Lufya tidak seharusnya melakukan perkara tersebut kerana anaknya itu masih bayi.

Walaubagaimanapun melalui akaun instagramnya, Lufya menjelaskan dirinya hanya ingin memberi pendedahan awal kepada anaknya agar tidak kekok jika disarungkan tudung masa besar nanti.

Malah, Lufya menjelaskan dia mempunyai impian untuk menjadikan anaknya salah seorang Hafizah dan menganggap segala pendedahannya ini tidak salah.

Dalam pada itu, Lufya turut menjelaskan dia hanya memakaikan tudung tidak lebih dari 30 minit, lagipula mereka bukanlah dibawah terikan matahari ketika itu.

“Laana Haura pakai Tudung kene kritik??? But why?? Lufya cuma nak beri pendedahan awal kepada @laanahaura biar die dah besar Nanti dah tak kekok nak sarungkan kain tudung insyallah lebih labuh dari mummy die pakai. Fya bercita-cita nak jadikan anak fya Hafizah nanti. Amin 1000x jadi tak salah kalau fya dedahkan perkara2 baik pada Haura dari die baby lagi. Bukan lama pun pakai… kurang 30minit dan bukan pakai tengah2 terik matahari saudari…. ?” tulisnya diruangan kapsyen!

Malah, perkara yang dikongsikan di Instagram miliknya ini mendapat pelbagai respon daripada pengikutnya.

Rata-rata pelik dengan segelintir masyarakat yang suka sahaja menegur, dalam masa yang sama ramai juga memuji tindakan Lufya..

Aduh, macam-macam lah netizen ni, betul kata Lufya, masa inilah nak membentuk anak.

Sebagai seorang ibu, Lufya pasti sudah fikirkan apa yang terbaik untuk anaknya.

Apapun MH puji Lufya sudah mula memikirkan masa depan anak walaupun anaknya itu masih bayi.

IKLAN