Uncategorized

Kerana Bergambar Tengah Panas Bersama Anak, Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah Ditegur Netizen

Share

Baru-baru ini, pasangan pelakon, Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah memuat naik gambar percutian mereka sekeluarga di Perth, Australia.

Namun, kapsyen foto tersebut menarik perhatian netizen hingga ramai diantara mereka yang bertindak memberikan teguran terhadap pasangan tersebut.

“Bila tengok gambar ini, rasa kesian pula dekat @HarumDahlia,” tulisnya

Gambar tersebut menunjukkan pasangan tersebut bergambar di tengah panas bersama anak mereka.

Melalui pemerhatian MH, rata-rata netizen menyuarakan rasa kesal mereka apabila Azwand an Ezzaty membiarkan anak mereka kepanasan di bawah terik matahari.

Sebelum ini, pasangan tersebut mendirikan rumahtangga pada 16 Julai 2016 di Bentong Pahang manakala Dahlia dilahirkan pada 6 Disember lalu.

sumber: IG Azwan Kombos

IKLAN