Bermula sebagai pencipta kandungan, nama pempengaruh Nasuha Sulaiman semakin mendapat perhatian selepas membintangi drama Thariq Ridzuan: His Treasure.

Bercerita mengenai latar belakangnya, Nasuha atau nama sebenar Wan Nasuha Wan Sulaiman sebelum ini bertugas sebagai pereka dalaman sepenuh masa sebelum memutuskan untuk berhenti dan menceburi bidang pembikinan konten.

“Keputusan Ini Seperti Satu Perjudian Namun…,” – Nasuha Sulaiman Tinggalkan Kerjaya Pereka Dalaman Selepas 5 Tahun Nekad Kejar Impian Seni

“Saya tinggalkan kerjaya sebagai pereka dalaman sebelum menceburi bidang lakonan lagi. Saya bermula sebagai pencipta kandungan di media sosial.

“Sebelum itu, saya bekerja sebagai pereka dalaman selama lima tahun. Selepas itu, saya buat keputusan untuk berhenti kerana saya merasakan saya tidak suka lagi bidang itu.

“Keputusan ini seperti satu perjudian namun, saya menemukan kebahagiaan untuk membuat video,” katanya kepada MH.

Nasuha berkata demikian ketika ditemui di acara ‘watch party’ Thariq Ridzuan: His Treasure, baru-baru ini.

Malah, pelakon asal Terengganu ini mengakui dia meninggalkan kerjaya sebagai pereka dalaman kerana tidak tahan dengan tekanan yang dilaluinya dalam bidang tersebut.

Ads

“Keputusan Ini Seperti Satu Perjudian Namun…,” – Nasuha Sulaiman Tinggalkan Kerjaya Pereka Dalaman Selepas 5 Tahun Nekad Kejar Impian Seni

“Sejak kecil, saya memang sukakan bidang seni. Saya sambung belajar dalam bidang seni bina kerana sukakan seni.

“Saya sudah berusaha sekuat mungkin, tapi industri ini sangat kejam. Saya tak boleh hadap.

“Jadi, saya cuba bermacam-macam bidang dan perbaiki skil diri. Akhirnya, saya bermula sebagai pembikin konten. Wajah saya pula mesra dengan kamera.

“Jadi, saya gunakan platform ini untuk cuba melangkah ke pentas tertinggi. Saya berimpian besar dan cuba buat yang terbaik. Bila dapat peluang, saya terus sambar,” ujarnya lagi.

Ads

Media Sosial Buka Jalan Ke Lakonan

Pada masa sama, Nasuha tidak menafikan platform media sosial memberi kelebihan buat sesiapa sahaja untuk menceburi bidang seni.

Namun, dia merasakan hanya mereka yang berbakat sahaja akan menjadi pilihan pengarah.

“Keputusan Ini Seperti Satu Perjudian Namun…,” – Nasuha Sulaiman Tinggalkan Kerjaya Pereka Dalaman Selepas 5 Tahun Nekad Kejar Impian Seni

“Saya tak nafikan para pempengaruh mudah dapat tawaran. Namun, saya anggap itu adalah satu kelebihan pada zaman sekarang. Kita ada platform media sosial, orang melihat bakat kita dari situ.

Ads

“Saya bersyukur dengan adanya platform media sosial. Ia buka jalan untuk saya ke bidang lakonan,” kongsinya lagi.

Ditanya mengenai soal disiplin para pempengaruh yang sering kali menjadi buah mulut para pemain industri, Nasuha menyifatkan ia sebagai masalah individu.

“Keputusan Ini Seperti Satu Perjudian Namun…,” – Nasuha Sulaiman Tinggalkan Kerjaya Pereka Dalaman Selepas 5 Tahun Nekad Kejar Impian Seni

“Soal disiplin ini terpulang kepada individu. Sejujurnya, saya masuk ke industri ini dengan perasaan takut. Sebagai pembikin konten, kami tahu ada segelintir pelakon yang kurang senang dengan kehadiran kami.

“Memang pengalaman saya kosong tapi saya sedia untuk belajar. Setakat ini saya tiada masalah dengan pihak produksi.

“Saya pernah bekerja di bidang korporat selama lima tahun. Jadi, saya sudah biasa tentang penjagaan disiplin,” akhirinya.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads