Penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar atau lebih dikenali sebagai Cik Piah, 34, terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas dijangkiti Influenza A pada Khamis.
Menurut Cik Piah, pada mulanya dia cuba bertahan, malah sempat bersiaran pada slotnya Gaya Suria, pada jam 10 pagi hingga 1 tengah hari pada Khamis.
Namun akhirnya, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengalah dan terus bergegas mendapatkan rawatan di hospital.
“Dan akhirnya Cik Pia di sini. Influenza A start dari semalam dah sakit badan tapi masih gagah juga on air tadi tapi badan makin seram sejuk.
“Kepala berdenyut macam nak pecah.. huwaaaaaa,” tulis Cik Piah menerusi ruangan kapsyen di laman Instagram miliknya.
Disebabkan keadaannya yang tidak mengizinkan, Cik Piah tidak dapat mengikuti siri jelajah Suria FM, Jelajah Suria Anggun Cotton Collection yang memulakan road tour mereka di Paradigm Mall, Johor Bahru, Johor pada Sabtu ini.
“Jelajah Suria Sabtu ni sepatutnya Cik Piah turun tapi apakan daya… Hmmm takdelah pelesit kota,” tulisnya lagi.
Ads
Ramai rakan artis turut mendoakan agar Cik Piah segera sembuh agar dapat menghiasi hari-hari mereka dengan suara ‘riang’ yang sinonim dengan perwatakan Cik Piah yang cukup ceria itu.
“Patut la serak gila suara on air tadi, semoga sihat kembali,” komen Mamat Sepah.
Ads
“Cik Piah no syatuu okay.Get well soon,” titip Elly Mazlein.
“Aduhai, tarik lagu ni beriay sangat masa practise hehe, get well soon dik,” tulis Haiza Hanafi.
“Speedy recovery babe,” komen Adeline Tsen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia mencipta kenangan tersendiri bersama para peminatnya di negara ini apabila hampir 3,000 penonton menyaksikan persembahannya pada Konsert Ada Apa Dengan Melly? Live in Kuala Lumpur, malam tadi.
Selain naskhah kreatif yang disuntik dengan bait lirik puitis, figura ini turut ‘memancing’ perhatian penonton menerusi persalinan ‘eksentrik’ yang digayakan sepanjang hari pertama konsert.
Sebanyak empat rekaan busana bersilih ganti ditukar pada setiap segmen, Melly membuka tirai konsert tepat jam 9 malam dengan lagu Ingin Mencintai & Dicintai.
Tampil dengan pakaian unik berbentuk simetri beserta ‘birthday hat’ bersaiz besar, Melly kelihatan cukup ‘karnival’ dengan penampilannya itu.
Diselang-selikan dengan sesi menyapa peminat di Malaysia, ternyata pemilik nama sebenar Meliana Cessy Goeslaw, 49, ini mempunyai sifat humor yang cukup menebal hingga membuatkan ramai yang terhibur dengan celotehnya.
Antara lagu-lagu yang dimainkan pada segmen pertama seperti Tentang Dia, Pujaanku, Suara Hati Seorang Kekasih dan Bimbang.
Melly kemudiannya mengenakan pakaian serba hitam dan kemudian muncul yang kelihatan ‘sedikit normal’ dengan gaun kembang berwarna hitam sedondon dengan topinya.
Kemudian tampil pula dengan imej headgear ‘trojan’ yang dipadankan dengan persalinan perincian rona kelabu.
Dalam pada itu, dia juga percaya muzik bersifat universal dan perbezaan bahasa langsung tidak menjadi penghalang untuk sama-sama menghayati apa pun jua karya seni dari seluruh dunia.
“Sebenarnya malam ini saya berdoa apa yang katakan akan difahami kamu-kamu di sini sebab kita ada sedikit perbezaan (bahasa) tapi bila datang tentang seni dan muzik, ia langsung ia langsung tidak mengenal apa itu perbedaannya.
“Macam kita tengok drama Korea dan Turki, kita faham dengan tengok subtitle, jadinya hasil karya seni itu memang boleh dinikmati semua, tidak ada halangannya.
“Ini juga merupakan kali pertama saya tampil membuat konsert di Malaysia dan ternyata kalian cukup beruntung sekali,” katanya.
Suasana konsert turut terasa dekat di hati apabila rata-rata penonton hadir berpakaian sekolah bagi mengikut tema Back To School seperti yang disarankan penganjur, Icon Entertainment.
Mengimbau kenangan filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC), Ratu Soundtrack (OST) ini kemudiannya menghangatkan pentas dengan lagu-lagu nostalgia seperti Tentang Seseorang, Jika, Gantung, Ratusan Purnama serta OST filem AADC, Ada Apa Dengan Cinta yang membawa nama Melly cukup dikenali di Malaysia.
Melly turut menyanyikan lagu-lagu yang diciptakannya untuk penyanyi lain bagi memberikan variasi mood pada malam konsert.
Menariknya, Melly turut mengabadikan segmen tribute khas buat Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan membawakan lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti serta Bunyi Gitar.
Menghampiri ke penghujung konsert, Melly tampil dengan lagu-lagu rancak seperti Ku Bahagia, Bagaikan Langit dan Tak Tahan Lagi yang mengajak penonton untuk sama-sama menari.
Menutup tirai dengan lagu Hanya Memuji nyanyian asal Marcell dan Shanty, ternyata penonton merasa cukup puas dengan persembahan 27 buah lagu dalam durasi masa tiga jam konsert berlangsung.
Konsert ini turut dihadiri VVIP iaitu Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia (KDYMM), Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Selebriti popular tanah air juga dilihat turun memberikan sokongan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fazura, Amy Search, Misha Omar, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Puteri Aishah dan Nuha Bahrin.
Tidak ketinggalan, rakan-rakan Melly dari Indonesia turut hadir iaitu Rossa, Yuni Shara, Mayang Sari dan Raffi Ahmad.
Malam kedua Konsert Ada Apa Dengan Melly?, hari ini turut berjalan di lokasi sama iaitu di Plenary Hall, KLCC.
Sebaik kembali mengerjakan umrah dan bercuti di Dubai, pelakon Puteri Sarah Liyana terus dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan berikutan keadaannya yang tidak berapa sihat.
Mengakui cukup menyenangi ‘hospital staycation’, Sarah atau nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata dalam tempoh tersebut dia dapat berehat secukupnya bagi mengembalikan semula tenaganya.
“Tak dapat dinafikan, memang saya suka berehat di hospital, saya boleh tidur, boleh berehat dan cas semula tenaga.
“Alhamdulillah, Allah bagi sihat. My haters bet like… oh no Sarah dah sihat,” tulisnya di Instagram Story.
Sarah turut berkongi dia akan kembali sambung bekerja di set penggambaran drama Andai Itu Takdirnya, lakonannya bersama Hannah Delisha dan Shukri Yahaya.
“InsyaAllah, saya akan kembali ke set Andai Itu Takdirnya dalam masa terdekat!” tulisnya lagi.
Terdahulu, Sarah mengerjakan ibadah umrah buat kali kedua bersama kedua-dua anaknya sebelum terbang ke Dubai bagi percutian keluarga.
Pada 7 Mac ini, kes sebutan permohonan cerai yang difailkan Sarah akan dibicarakan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Sarah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad memuat naik video yang memaparkan kejutan khusus buat bonda tersayangnya, Badariah Omar yang lebih mesra dikenali sebagai Mak Jenny.
Di dalam video tersebut, kelihatan ruang bilik dalam rumah sedang menjalani proses ubah suai dan ruangan tersebut disiapkan terlebih dahulu demi keselesaan Mak Jenny.
Video yang dimuat naik di laman Instagramnya itu turut memaparkan keadaan bilik Mak Jenny sebelum dan selepas diubah suai.
“Alhamdulillah mak happy betol dengan bilik baru dia,” tulis Nubhan ringkas menerusi ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, perbezaan ketara turut mencuri perhatian ramai termasuk Mak Jenny sendiri dengan berkata “apa cantik bona ni?” ketika melihat sekitar bilik lengkap sempurna bersama hiasan dalamannya.
Turut disertakan di dalam ruang terbabit ialah katil baru, almari yang dipasang siap serta set televisyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata turut tumpang gembira melihat usaha Nubhan dalam menggembirakan hati ibunya.
Malah, ada yang berkongsi impian untuk melakukan perkara yang sama jika diberi peluang dan rezeki.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 13,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...