Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza tampil memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan persembahan mereka di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34, malam tadi.
Mempertaruhkan lagu Drama ciptaan vokalis itu sendiri bersama Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir dan Nik Adib, bintang itu menulis permohonan menerusi satu entri di Instagram awal hari ini.
“What a night lah kan? #DRAMA HAS COME FULL CIRCLE. Hampir genap setahun. See you in the next chapter. #AJL34
Ads
“Terima kasih @tv3malaysia atas peluang ini. Maafkan kami atas salah silap kami. Kepada yang tersinggung, ampunkan kami.
“Hanya jalan cerita kehidupan, yang kadang kala warnanya tidak kita gemar,” tulisnya.
Terdahulu, semasa melakukan persembahan secara langsung di Axiata Arena, Drama Band dilihat memaparkan beberapa watak yang seakan-akan sinonum dengan figura yang hangat diperkatakan netizen, meski tidak dinyatakan secara jelas.
Foto: Instagram Aepul Roza, TV3 Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas pelakon, Yatt Hamzah ada meluahkan rasa sedih apabila melihat fesyen tudung masa kini yang dikatakan tidak mengikut syariat yang ditetapkan dalam agama Islam.
Kongsi Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah memberi nasihat kepada kaum wanita untuk menjaga dan menutup aurat dengan sempurna.
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan2 yg beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [Surah Al-Ahzab : 59]
“Aku perhati atau melihat dalam syurga , maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA. [ hadis Riwayat Bukhari ]
“Iman seakan-akan menjerit apabila melihat mereka yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna.
“Sedarlah duhai wanita kalian dikasihi ALLAH.. Tutuplah auratmu dengan sempurna.. Wallahi, aku menulis dan berpesan ini LILLAHITAALA hanya keranaMU, utk diriku juga krn aku ada anak2 perempuan yg sdg membesar menjadi dewasa dan bakal menjadi ibu seperti ku. Jauhkan mereka dr perkara2 Mungkar.
“Aku juga pernah lalai dan jahil, krn itu aku tdk mahu perkara yg sama berlaku pd wanita2 lain. Aku berpesan krn aku sayangkan semua. Berikan kami kekuatan utk menjadi wanita Solehah yg taat padaMU krn kami takut azabMU yg amat dasyhat.. ALLAHUAKBAR..,” tulisnya.
Penyanyi Nora Ariffin mendedahkan setiap kali menjejakkan kaki ke tanah suci, dia sebolehnya akan cuba untuk mencari sudut terbaik untuk bermunajat selain berdoa kepada Yang Maha Esa.
Jelasnya menerusi Instagram lagi, dia turut mendoakan agar semua peminatnya akan sama-sama mendapat peluang untuk menjadi tetamu Allah, sekaligus mampu merasai nikmat beribadah di sana.
“Setiap kali saya ke Mekah, saya akan mencari spot yg terbaik utk bertafakur, bermunajat & membaca hampir kesemua DOA DOA yg dikirimkan melalui saya. Moga Allah makbulkan doa2 kalian semua.
“Dalam setiap akhir doa saya. Saya sering menyebut moga semua follower saya dapat sama2 mendpt rezeki utk menjadi TETAMU ALLAH & merasai nikmat beribadah disini.
Allahuabar. Jom umrah bersama saya dan 2 orang Ust hebat,” tulisnya sambil memberikan kredit.
Sementara itu menerusi posting terdahulu, penyanyi Menyemai Cinta Bersamamu ini turut menambah, Kaabah adalah rumah Allah paling awal yang dibina di dunia.
“Bismilahirahmanirahim Kaabah adalah…rumah Allah yg PERTAMA yg dibina di atas mukabumi.
“Melihat kaabah mendapat pahala apatah lagi, dapat SOLAT & BERDOA dihadapannya.
Moga kita semua dipermudahkan utk menjadi TETAMU ALLAH,” tulisnya lagi.
Pengacara terkenal, Datuk AC Mizal meluahkan rasa sedih dan hiba atas pemergian pelakon dan pelawak, Abam Bocey atau nama penuhnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.
Meski reda namun memori bersama Allahyarham tetap terpahat dalam diri.
Jelas AC, hubungan bersama arwah Abam bukan sekadar persahabatan rakan selebriti di atas pentas semata. Sebaliknya, ia lebih seperti hubungan ibarat adik-beradik.
“Dia punya keakraban tu…memang macam adik-beradik yang dah tak ada malu, terlampau akrab sebenarnya.
“Memang setiap tahun andai ada yang bertanding di Maharaja Lawak Mega saya tahu masalah-masalah yang mereka hadapi misalnya macam mana nak dapatkan idea.
“Jadi jadi kita dah biasa sangat sampailah saya ambil mereka buat album dan lagu raya 4U2C terbaru,” jelasnya jujur.
Pada masa sama, AC Mizal turut menambah, agak sukar untuk menerima berita mengejutkan itu meski reda atas kentuan Yang Maha Esa.
“Sebab itu susah untuk saya terima dan mak dia pun baik dengan saya. Sampai kita pernah sambut mak dia punya hari jadi, waktu itu kami di Kedah dan saya masih ingat lagi buat dekat warung, makan kek dekat situ.
“Jadi memang saya anggap dia sebagai adik. Malah, mereka juga akan sentiasa hubungi saya bila ada masalah, memang kami rapat sampai saya tak sanggup nak tengok jenazah kerana terlampau sayang,” katanya lagi.
Upacara pengebumian jenazah Abam telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, pada Isnin malam.
Pelawak popular Abam yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi 10 Februari lalu.
Abam meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.
Terdahulu, hos Maharaja Lawak Mega ini ditemui pada majlis pelancaran dua produk terkini Idealyst, k1ss Lip Mate yang terdiri dari lima rona berbeza dan Wonder Trim iaitu makanan tambahan yang diformulasi melalui bahan-bahan yang selamat.
Ia berupaya untuk menyekat karbohidrat, gula, kolestrol dan lemak yang selama ini menjadi intipati makanan seharian.
Ikuti temu bual penuhnya di sini;
Foto: @senifotostudio
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menjalani ibadah puasa buat pertama kali bersama isteri tercinta yang juga penyanyi dan pelakon, Amira Othman.