Anak kedua kepada penerbit terkenal, Datuk A. Aida, iaitu Azeva Natassha memaklumkan ibunya kini sudah menunjukkan perkembangan positif selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, beberapa hari lalu.

Berita gembira itu dikongsikan Azeva, yang juga pelakon baharu, menerusi hantaran di Instagram Story miliknya pada Ahad.

“Alhamdulillah, mama dah sedarkan diri, cuma kena selalu dipantau dan masih belum boleh dipindahkan ke wad biasa,” jelasnya.

Bagaimanapun, kata Azeva lagi, pihak hospital tidak membenarkan sebarang lawatan bagi mengelakkan risiko jangkitan terhadap ibunya yang masih berada dalam keadaan lemah.

Ads

“Kepada kawan-kawan mama, mintak maaf, tapi memang doktor tak kasi orang luar untuk melawat mama buat masa sekarang, sebab takut jangkitan kuman dan tak nak ambil apa-apa risiko.

“Saya ingin memohon jasa baik semua untuk terus mendoakan agar mama sembuh sepenuhnya. Terima kasih atas doa dan sokongan anda semua,” tulisnya.

Ads

“Kepada Kawan-Kawan Mama Minta Maaf, Doktor Tak Kasi Orang Luar Melawat Buat Masa Sekarang Sebab…,” – Anak A Aida “Kepada Kawan-Kawan Mama Minta Maaf, Doktor Tak Kasi Orang Luar Melawat Buat Masa Sekarang Sebab…,” – Anak A Aida “Kepada Kawan-Kawan Mama Minta Maaf, Doktor Tak Kasi Orang Luar Melawat Buat Masa Sekarang Sebab…,” – Anak A Aida

Latar Kejadian Sebelum Ini

Terdahulu pada pagi 25 September lalu, A. Aida dilaporkan rebah selepas menjalani rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan dan seterusnya dimasukkan ke ICU.

Ads

Menurut pendakwah terkenal, Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, yang juga sahabat rapat A. Aida, penerbit itu difahamkan baru sahaja menjalani pembedahan lutut pada Selasa lalu dan berada dalam keadaan normal, namun tiba-tiba rebah selepas rawatan.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

@mediahiburanofficial Cantik dan berbakat! Azeva Natassha yang juga anak kepada penerbit Datuk A Aida berkongsi cerita mengenai kehadiran bapanya, penyanyi Ameng Spring ke lokasi penggambaran telefilem Bos, Nak Cuti, baru-baru ini. Menyifatkan dirinya bertuah kerana mempunyai orang tua yang memahami, Azeva juga cenderung meminati dunia nyanyian dan muzik selain lakonan. Telefilem Bos, Nak Cuti terbitan A Aida Production bakal disiarkan menerusi Salam HD saluran 113 Unifi TV, diterajui Azeva dan Aniq Suhair. #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ Chopin Nocturne No. 2 Piano Mono – moshimo sound design

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads