Ads

‘Kenapa Saya Dilayan Seperti Badut Sehingga Nama Saya Dicalar?’ Sajat Minta Orang Ramai Berhenti Aibkan Dirinya

Nampaknya bukan mudah menjadi Nur Sajat. Setiap gerak gerinya ada sahaja yang tak kena. Selian sering menjadi tomahan netizen, apa sahaja cerita tentang dirinya semua akan menjadi perbulan hangat.

Jika sebelum ini isu di ganggu oleh Papagomo yang memprovokasi dirinya, datang pula isu Jakim yang membuatkan ramai orang tertanya-tanya apakah langkah seterusnya?

Namun baru-baru ini melalui akaun Facebook Nur Sajat, dia mempersoalkan mengapa isu jantinanya di besar-besarkan seperti masalah besar dalam negara.

Malah dia mempersoalkan lagi mengapa mengapa perlu buang masa dan tidak membincangkan isu tentang wang, jana pendapatan, plan negara untuk 2018 dan sebagainya.

‘Kenapa Saya Dilayan Seperti Badut Sehingga Nama Saya Dicalar?’ Sajat Minta Orang Ramai Berhenti Aibkan Dirinya

Ads

Melalui Harian Metro, sajat meminta orang ramai untuk berhenti mengheret dan mengaibkan namanya.

Tambahnya kasihanilah keluarganya yang terpaksa menanggung malu akibat semua isu ini.

‘Kenapa Saya Dilayan Seperti Badut Sehingga Nama Saya Dicalar?’ Sajat Minta Orang Ramai Berhenti Aibkan Dirinya

Ads

Malah, Sajat kesal dengan sikap sesetengah individu yang ‘membadutkan’ dirinya sehingga namanya tercalar.

“Cukup-cukuplah mengheret dan mengaibkan nama saya.

“Kasihanilah keluarga saya yang terpaksa menanggung malu akibat isu ini.

“Kalau anda berada di tempat saya, pasti anda juga tidak mahu perkara ini terus diperdebat dan menjadi isu besar.

“Saya masih ada ibu bapa yang punya hati dan perasaan.

“Kenapa saya dilayan seperti badut sehingga nama saya dicalar sedemikian rupa.

“Saya sudah melakukan apa yang terdaya mengapa ia perlu menjadi isu besar,” katanya kepada Harian Metro.

MH harap Sajat bersabar dengan setiap apa yang berlaku. Menjadi individu yang dikenali ramai terutamanya seseorang seperti Sajat memang ada sahaja ‘mata-mata’ yang akan memerhati setiap gerak langkah.

Ads

Yang penting pada pandangan kami sendiri Sajat perlu jadi diri sendiri dan janganlah layan atau memaki netizen balik di video live atau sebagainya, kerana lagi Sajat buat, lagi mereka akan ‘membadutkan’ Sajat.

SUMBER : FB Nur Sajat Kamaruzzaman & Harian Metro

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Ezwan Zain Nak Naikkan Aura Isteri Sempena Majlis Resepsi, Erra Fazira...

Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu. Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...
error: Hello. Cannot.