Uncategorized

“Kenapa DP Pakai Gambar Saya,” – Elfira Loy Tegur Netizen, Tapi…

Share

Baru-baru ini, pelakon, Elfira Loy ada menegur seorang individu yang dipercayai menggunakan gambarnya sebagai ‘default picture’ di laman Twitter.

“Kenapa DP pakai gambar saya,” soalnya kepada individu tersebut.

Susulan itu, kelihatan beberapa netizen lain yang mempertahankan tindakan individu itu mengatakan bahawa sudah menjadi satu trend peminat menggunakan DP artis yang disukai mereka.

Pada MH, mungkin Elfira risau sekiranya ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan fotonya untuk menipu pihak-pihak lain. Lagipun sudah banyak kes berlaku seperti ini kan?

Sebagai seorang selebriti, tentulah Elfira pun harus mengambil tahu sekiranya ada pihak yang salah gunakan fotonya tanpa kebenaran.

Apa-apapun, kita bersangka baik sahajalah bahawa individu itu sememangnya merupakan peminat tegar kepada Elfira hingga menggunakan fotonya sebagai DP. Asalkan dia tidak melakukan sesuatu yang salah, tidak mengapa kan?

Foto/Instagram: Elfira Loy

IKLAN