Dah macam dalam filem pula bila ada selebriti yang kena ugutan bunuh daripada ketua gengster pulak tu. Seram ni!

Bintang Bollywood, Salman Khan dikawal ketat oleh pihak polis India apabila menerima ancaman bunuh pada 5 Januari lalu.

Kena Ugut Bunuh, Polis Jadi Bodyguard Salman Khan

Media tempatan melaporkan pelakon filem Bajrangi Bhaijaan itu menerima ugutan daripada ketua gengster dari Rajasthan, Lawrence Bishnoi yang terang-terangan mengeluarkan kenyataan ingin membunuh Salam di Jodphur.

IKLAN

Dia kini ditahan polis tetapi dengan yakinnya mendakwa boleh melepaskan diri dari tahanan tersebut.

“Saya boleh larikan diri dari sini (tahanan polis) pada bila-bila masa sahaja, kemudian, Salman Khan akan dibunuh di Jodphur dan masa itu dia akan tahu siapa kita sebenarnya,” katanya.

Amboi, yakin betul dia nak bunuh orang ya, MH peliklah apa la yang Salman buat sampai marah betul gengster ni kat Salman?

Dalam pada itu, Bishnoi ni dah terlibat dalam lebih 20 kes jenayah sejak beberapa tahun dulu termasuklah peras ugut, penculikan dan juga cubaan membunuh.

IKLAN

Kalau korang tengok filem Bollywood pun mungkin boleh relate kot gengster jenis apa Bishnoi ini. MH rasalah…

Pesuruhjaya Polis Daerah Jodhpur, Ashok Rathore berkata pihaknya telah mengetatkan keselamatan Salman bagi memastikan aktor tersebut bebas daripada bahaya.

IKLAN

 

“Pihak kami mengambil serius ancaman Bishnoi itu dan menjamin keselamatan Salman memandangkan dia kini menerima perlindungan polis yang maksimum.

“Kami juga menyiasat motif di sebalik ugutan bunuh Bishnoi kepada Salman,” katanya lagi.

MH harap Salman dan pihak polis teruslah berjaga-jaga, jangan ada pula yang tercedera nanti, kita pun fahamlah kan gengster ni macam mana.

sumber: India Today, NST

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI