Selepas mengambil masa hampir tiga bulan siasatan, akhirnya pihak berkuasa Thailand telah menyabitkan kesalahan terhadap lima rakan mendiang pelakon, Tangmo Nida serta seorang individu yang turut dipercayai bersuhabat dengan lima sekawan tersebut.
Keenam-enam tertuduh tersebut ialah pengurus Tangmo, Gatick, pemilik bot, Tanuphat Por, rakan Por, Paiboon Robert, pengurus kedua Tangmo, Wisapat Sand, rakan tertuduh, Nitat Job serta individu yang telah ‘memberi’ tunjuk ajar kepada kelima-lima tertuduh untuk memberi keterangan palsu iaitu Phim M Thamtheerarsi.
Antara kesalahan yang bakal didakwa ialah kerana kecuaian sehingga menyebabkan kematian, memberi keterangan palsu kepada pihak polis serta kesalahan cuba menghapuskan bukti.
Menerusi sidang media yang berlangsung di Balai Polis Bangkok pada pagi Rabu, dengan pendakwaan terhadap enam suspek tersebut telah membawa kepada penutupan kepada siasatan kes ini.
Ketua Polis, Leftenan Jeneral Jiraphat Phumphichit bagaimanapun menolak punca kematian Tangmo atau nama sebenarnya, Pataratida Pacharawirapong, 38, disebabkan dibunuh.
Sebaliknya, kematian Tangmo adalah disebabkan kecuaian seseorang di atas bot tersebut namun pihak polis tidak mendedahkan suspek yang mana satu di antara keenam-enam tertuduh.
Dalam erti kata lain, kematian Tangmo disahkan sebagai satu kemalangan akibat kecuaian seseorang.
“Tangmo bukan terjatuh dalam sungai disebabkan kecuaiannya sendiri namun sebaliknya disebabkan oleh kecuaian orang lain yang telah menyebabkan dia terbunuh.
Ads
Pada malam 24 Februari lalu, Tangmo dilaporkan terjatuh daripada bot laju dan mayatnya kemudian ditemukan tiga hari selepas itu di Sungai Chao Phraya, Bangkok. Ketika kejadian terdapat lima rakannya dalam bot sama.
Menerusi siasatan yang dilakukan, polis percaya Tangmo terjatuh pada jam 10.34 malam dan tubuhnya terkena kipas bot sehingga menyebabkan dia kelemasan.
Ads
Selepas disabitkan kesalahan, keenam-enam suspek telah dibawa ke Jabatan Pendakwaan Daerah Nonthaburi pada tengah hari Rabu dan kes tersebut akan disebut pada 27 Mei ini.
Keenam-enam suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis sehingga perbicaraan kes mereka berlangsung.
Kematian tragis Tangmo bukan sahaja mendapat liputan meluas di Thailand sebaliknya turut meraih simpati daripada rakyat pelbagai negara seperti Malaysia, Filipina, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: thethaiger.com
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Datin Alyah mengakui menjalani pembedahan bariatrik pada 21 Mac lalu namun ia bukanlah di atas dorongan untuk mendapatkan tubuh badan yang lebih cantik.
Sebaliknya, Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hassan, 41, perlu menjalani prosedur itu bagi merawat masalah gastrik serius yang dihadapinya sejak sekian lama sehingga menyebabkan dia mengalami penambahan berat badan sebanyak 18 kilogram (kg).
“Bila ada masalah gastrik, saya sentiasa makan tidak tentu masa dan kerap. Bila berat badan naik, saya rasa sukar untuk bergerak, solat dan tidak selesa ketika menyanyi.
“Menerusi pertemuan dengan pakar bariatrik, Dr Mustafa Mohammed Taher, beliau mencadangkan saya menjalani pembedahan bariatrik.
“Pembedahan itu bukan sahaja mengatasi masalah gastrik, tetapi juga mengurangkan risiko saya mengalami masalah kesihatan lain seperti kencing manis, darah tinggi atau kolestrol pada masa akan datang,” katanya kepada Media Hiburan.
Pembedahan bariatrik sering kali dikaitkan untuk mendapatkan badan ideal dan menggiurkan namun Alyah menafikan perkara itu sebaliknya ia dilakukan demi memastikan kesihatannya berada dalam tahap terbaik.
“Pertamanya, saya buat ini memang untuk kesihatan, bukan untuk kecantikan. Cuma bila kita sihat, secara automatik kita akan cantik, bukan sahaja luaran, tetapi juga dalaman.
“Saya juga menjalinkan kerjasama dengan Dr Mustafa untuk mendidik dan menjelaskan kepada umum bahawa pembedahan bariatrik ini bukan dibuat kerana kecantikan semata-mata,” katanya.
Isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS ini turut bersyukur kerana mendapat tajaan daripada Dr Mustafa bagi prosedur tersebut.
Penyanyi lagu Kisah Hati ini turut berkongsikan video perjalanan pembedahan itu di laman Instagramnya sebagai informasi kepada peminat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Datin Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah dan penerbit, Michael Ang meluahkan rasa berang dengan tindakan segelintir pihak yang memainkan sentimen perkauman berhubung pendapatnya mengenai kes basikal lajak baru-baru ini.
Menurut Michael, dia sendiri tidak menyangka pandangan itu mampu mencetuskan kecaman pihak tertentu yang mendakwa dirinya mempertahankan wanita tersebut hanya kerana mereka sebangsa.
Jelasnya lagi, sekiranya perbuatan tersebut dilakukan oleh individu berbangsa lain, responnya juga akan tetap sama dan tidak berubah.
“Korang netizen neraka tak ada modal lain ke kalau nak berhujah. Balik-balik guna guna isu rasis. Dah 2022, sifat rasis ni sangat ketinggalan zaman.
“Hanya kerana saya kata cakap tak rasa perempuan tu patut dipenjara, dengan segera statement dia ‘kaum kau, kau back up la’.
“Apa yang bodoh sangat tu. Hey, aku tak kisahlah kalau dia Cina ke Melayu ke India ke, kalau aku rasa ia tak betul, aku akan cakap juga,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Cinta Atau Propa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada Sabtu.
Micheal turut menambah, sekiranya pemandu tersebut benar-benar bersalah, dia juga akan tetap lantang bersuara dan mencadangkan mahkamah untuk memberikan hukuman yang berat buat si pelaku.
“Kalaulah pemandu tu mabuk, aku akan tetap suruh mahkamah untuk gantung pesalah sampai mati tak kira bangsa.
“Tak semua orang ni rasis okay. Nak ‘hanjingkan’ orang, cuba jadi kreatif lagi ye,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut menasihati Michael untuk tidak mempedulikan komen-komen negatif tersebut.
Dalam perkembangan lain, Michael ini difahamkan sedang sibuk drama terbarunyanya berjudul Setelah Terlafaznya Akad 2 yang menampilkan Uqasha Senrose dan Kamal Adli sebagai tunjang utama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Michael Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...