Keletah suami pelakon berkenaan cukup mencuit hati.
Mungkin terpengaruh dengan kisah tular seorang isteri membuat kejutan menghadiahi kereta buat si suami tak lama dulu, membuatkan dia turut bertanya hal sama.
Ads
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 April 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Marian Sophia, setahun, dan kini sedang hamil enam bulan.
Setiap kali tibanya Ramadan, pasti antara cerita menarik yang dikongsikan selebriti ialah ‘perangai’ atau tabiat mereka sama ada setiap kali berbuka atau bersahur.
Malah tidak dinafikan setiap daripada mereka seperti punyai cara tersendiri sepanjang bulan penuh keberkatan ini.
Misalnya, penyanyi Hael Husaini yang memberitahu, ada ketikanya dia ‘terlepas’ untuk menikmati hidangan sahur.
“Boleh dikatakan, saya hanya kadang-kadang bersahur dan sebaliknya. Terpulang pada keadaan sebab saya selalu terlajak.
“Tetapi ada ketikanya, tak sahur sebab saya sudah pun bersahur lebih awal,”kongsi Hael kepada MH.
Terdahulu, penyanyi dan komposer ini ditemui media pada program realiti Lagu Cinta Kita di Shah Alam, pada Ahad.
Di samping itu, penyanyi yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-32 itu sempat berkongsi menu kegemarannya tika bersahur
“Lauk sardin dan nasi putih merupakan makanan kegemaran saya untuk bersahur, tambah pula kalau ada telur dadar.
“Itu sudah memadai sebab sangatlah sedap,” seloroh Hael.
Selepas kontroversi demi kontroversi melanda, semalam merupakan noktah akhir bagi hubungan akad pasangan Bella Astillah dan Aliff Aziz. Kedua-duanya sah bercerai talak satu.
Bella meluahkan kesyukuran kerana urusan perceraiannya dipermudahkan. Malah, dia redha ikatan perkahwinan tidak kekal lama.
“Alhamdulillah semua di permudahkan tadi. Mungkin sampai sini sahaja jodoh saya dan Aliff. Semoga selepas ini saya dapat menjadi ibu yang baik buat Ayden. Dan terima kasih yang tak putus2 mendoakan saya dan keluarga. Apa yang terjadi adalah takdir Allah s.w.t dan Bella redha. Allah s.w.t knows best,” tulisnya.
Didi Astillah menerusi ruang Instagram menitipkan kata-kata semangat dan penghargaan khas buat kakaknya.
“Harini first time pakai tudung labuh?? hehee tudung & jubah ni kaklong @bellaastillah yang bagi as a gift.
“Thank you kaklong, semoga sentiasa kuat dalam setiap dugaan. Kaklong tenang hadapi dugaan ni mungkin sebab kaklong ikhlas dengan setiap benda kaklong lakukan.
“Terima kasih jadi contoh yang baik untuk adik2 kaklong.. dan setiap wanita yang lalui perkara sama diluar sana… InshaAllah? adik LOVE YOU kaklong ❤ . . . . Thank you @aqoimran for the photo!”
Menuntut hak sebagai pengguna, Azza Elite hari ini menerusi Instagram menegaskan akan mengambil tindakan sekiranya tuntutan berhubung barangan yang dibeli tidak diselesaikan segera.
Jelasnya, sekiranya tiada sebarang tindakan, dia akan membuat aduan ke tribunal pengguna untuk mendapatkan ganti rugi.
“Sedih lah kita beli brg tp kena tipu .. kalau x ganti kita sgt sedih .. kita bg masa ..sb staff dia ckp dia cuba bantu .. ok baik.. kak za terima..
“Tetapi .. tetapi dgr sini saudara kak za akn ke tribunal pengguna .
“Kalau tiada apa apa tindakan dari pihak uols.. kakza cari duit mcm nk gila .. siang mlm kekza keje sampai hati korang tipu kakza.akak sedih la berdiri lama kt booth ,buat go shop,buat parodi tetapi bila beli satu brg ni harga ribu.. .kekza kumpul duit sb nk beli brg tu..sob sob sob .
“Cuma kakza nk pesan.. berniaga lah dgn jujur.. tolong jujur. duit tu nk masuk perut tau jadi darah daging. mcm mana kita nk jawab dgn Allah nanti kt akhirat esk kita di soal tau ?.
“Akhirat itu benar saudara.. .janji Allah itu benar .
“Sedih hati kita wak
“Cuma di hari nuzul quran ni kak za doa Allah bantu kak azza . #hasbunallahwanikmalwakil
“La ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zholimin.
“Doa org yg teraniya tiada hijab
“Kenapa akak kena tulis kt sini. Sebab .
“Dalam Surah an-Nisaa’, ayat 148 yang bermaksud: “Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang), kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.