Uncategorized

Keluarga Rancang Mahu Temukan Farid dengan Anak-Anak

Share

 

Adik kepada Farid Kamil, Fadzil Zahari mengakui ada merancang untuk membawa dua anak Farid, Muhammad,5, dan Nur Aurora,3, bertemu dengan bapa mereka di lokasi pusat perubatan yang bakal merawat kondisi abangnya itu.

Suami kepada pelakon, Yana Samsuddin itu berkata demikian sejurus selesai proses ikat jamin abangnya itu di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, hari ini.

Turut menemani Fadzil ialah seorang lagi adiknya, Dr. Anis Anwar.

“Setakat ini, kami ada terfikir untuk membawa anak-anak Farid untuk bertemu dengannya. Belum pasti sama ada Diana atau kami sendiri yang akan bawa mereka berdua untuk bersua dengan bapanya,”katanya kepada MH.

Terdahulu, keluarga Farid juga akan membawa pelakon dan pengarah itu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui tahap kesihatan bintang berkenaan apabila semuanya selesai.

“Bagaimanapun, kami belum pasti untuk melakukan rawatan secara moden atau tradisional sama ada di Kuala Lumpur atau Kedah.

“Cuma bila kami sudah berpuas hati dengan tahap kesihatannya, baru kami akan bawanya pulang ke kampung,” akhiri Fadzil yang turut mengharapkan semua pihak agar memahami situasi yang melanda abang dan kakak iparnya buat masa ini.

IKLAN