MH ada menjengah Instagram milik pelakon Lufya Omar. Wah, comel sungguh baby Lufya ye. Sama seperti ibunya!

Tapi apa yang kurang senang apabila dilihat Lufya telah memuat naik satu foto di akaun Instagramnya yang menunjukan dia keluar berjalan-jalan dalam tempoh berpantang.

Keluar Rumah Dalam Tempoh Berpantang, Lufya Buat Netizen Bimbang

Keluar Rumah Dalam Tempoh Berpantang, Lufya Buat Netizen Bimbang

“Dah tak boleh tahan duduk rumah lama-lama. Ponteng berpantang kejap pergi jalan cari barang baby,” tulisnya.

Lufya juga memberitahu di dalam kapsyennya dia hanya keluar berjalan dan ibu yang memandu malah kedai tersebut tidak mempunyai tangga. Hanya tinggal untuk memilih barangan untuk dibeli.

Walaubagaimanapun, dia terpaksa menutup ruangan komen akibat dikecam netizen kerana telah melanggar pantang.

Selain kecaman, mereka juga menegur Lufya menjaga kesihatan dengan sambil lewa kerana mengabaikan proses berpantang.

IKLAN

Foto tersebut mendapat pelbagai reaksi negatif disebabkan dia baru sahaja melahirkan anak pada 11 November yang lalu dan sepatutnya berehat di rumah sahaja.

Malah, ada yang menasihati Lufya supaya menjaga kesihatan dan tidak berjalan terlalu kerap.

Bagaimanapun, Lufya yang mengetahui tentang perkara tersebut kemudiannya tampil memberikan penjelasan menerusi entri terbaru di Instagramnya.

Lufya menjelaskan dia tidak akan keluar selepas ini sehingga 44 hari. Dia juga berterima kasih buat semua pengikutnya yang cukup prihatin pada dirinya.

IKLAN

“Chill..chill.. Tq for ur concern dearest followers. Pasni Fya tak keluar pegi mana-mana lagi ya. I duduk je kat umah sampai habis pantang 44 hari! Kak Linda @norman2703 dan Ti jaga Fya dengan baik.

 

“Risau beno. Ramai yang Dm marah marah ni. Fya tau marah dan teguran tu tanda sayang tapi releks okay takut mommies nanti yang naik darah tinggi. Jangan marah k. Goodnite,” jelasnya.

Terdahulu, Lufya dan suami, Che Muhammad Hafiz Che Baharum, telah disatukan pada 26 November tahun lalu di Laman Cinta Nirwana, Ampang Hilir, Selangor.

Apapun, #MHBelanjaGambar baby girl Lufya yang super cute!

Keluar Rumah Dalam Tempoh Berpantang, Lufya Buat Netizen Bimbang

IKLAN

Keluar Rumah Dalam Tempoh Berpantang, Lufya Buat Netizen Bimbang

Keluar Rumah Dalam Tempoh Berpantang, Lufya Buat Netizen Bimbang

Keluar Rumah Dalam Tempoh Berpantang, Lufya Buat Netizen Bimbang

Keluar Rumah Dalam Tempoh Berpantang, Lufya Buat Netizen Bimbang

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI