Categories: Uncategorized

Kekeliruan Foto Swipe Up, Ini Permohonan Maaf MH

Share

Media Hiburan memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku terhadap penyiaran artikel ‘Sedap Makan, Sekali Bersambalkan Lipas! Tolonglah Jaga Kebersihan, Tegas Noorkhiriah’ bertarikh 5 September lalu kerana tersilap menggunakan foto artis berkenaan yang dirakam bersama produk lain menerusi ruangan ‘swipe up’ di Instagram.

Berikut merupakan kenyataan rasmi;

 

Berlaku perbincangan secara profesional di antara pihak kami dan pengeluar produk dan secara jelasnya, produk Nazrinfiza Ikan Bakar Terangkat yang terpapar menerusi ‘swipe up’ yang dikeluarkan tiada kena mengena dengan artikel artis terlibat.

Ini swipe up yang dimaksudkan;

Foto swipe up tidak ada sangkut paut dengan artikel terdahulu.

IKLAN