Kejutan apabila seramai enam peserta daripada musim terdahulu Gegar Vaganza iaitu Tomok, Suki Low, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Zamani dan Liza Hanim diumumkan sebagai peserta ‘Hot Seat’ All Stars Gegar Vaganza (ASGV).
Nama keenam enam bintang itu nyata memberi kejutan selepas masing-masing membuat persembahan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.
Kesemua enam penyanyi itu berjaya tersenarai apabila mendapat undian tertinggi daripada penonton sekali gus melengkapkan senarai 16 peserta, kali ini.
Seramai 23 bintang dari musim pertama hingga kesembilan tersenarai untuk merebut tempat ‘hot seat’.
Ads
Antara penyanyi lain yang tersenarai untuk merebut hot seat sebelum ini ialah Mamat Exist, Zarul Umbrella, Zamani, Amelina, Hazami, Ayu Damit, Noraniza Idris dan Shila Amzah.
Terdahulu, 10 juara diumumkan berentap iaitu pemenang musim pertama, Ayai, Siti Nordiana (musim kedua), Azharina (musim ketiga), Naqiu dan Hardy Mirza (musim keempat).
Ads
Turut berada dalam saingan ialah Noryn Aziz (musim kelima), Datuk Aishah (musim keenam), Cliff Umar (musim ketujuh), Aliff Aziz (musim kelapan) dan Jaclyn Victor (musim kesembilan).
Ads
ASGV bersiaran secara langsung selama 12 minggu dengan menampilkan Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Syafinaz Selamat sebagai juri tetap pertandingan itu.
Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlien pula ditugaskan sebagai hos.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, nama vokalis kumpulan Exists, Mamat menjadi perhatian ramai selepas tular sepotong video yang memaparkan dirinya melayan permintaan peminat untuk menyanyikan lagu ‘Untukmu Ibu’.
Video tersebut mengundang reaksi pelbagai daripada netizen yang risau dengan keadaan terkini Mamat yang dikatakan kelihatan seperti orang sakit.
Ketika ditemui media, Mamat atau nama sebenar Mohd Ali Kamarudin akui kesal tindakan individu terbabit yang memuat naik video tanpa kebenarannya.
Menurut Mamat, disebabkan hal tersebut, dia kini harus lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling meskipun di kampung halamannya sendiri.
“Pada ketika itu, saya tak berapa sihat tapi tidaklah terlampau teruk. Video tersebut diambil pada waktu pagi. Saya pun baru bangun tidur.
“Saya datang ke situ pun kerana ia merupakan salah satu tempat di kampung halaman saya. Orang kampung pun memang kenal saya.
“Saya sendiri tak sangka yang video tersebut akan dimuat naik dan mendapat perhatian sebegitu. Mungkin pada masa akan datang, walaupun di kampung sendiri, saya kena lebih berjaga-jaga,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Salju Di Danau Rindu itu berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media konsert Exists X Orchestra yang berlangsung di Tamu Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.
Katanya lagi, orang luar sepatutnya harus tahu tentang kesesuaian sesebuah kandungan sebelum memutuskan untuk memuat naiknya di media sosial.
“Pada saya, sebelum kita memuat naik video atau kandungan tentang orang lain, kita kena tahu situasi sebenar terlebih dahulu.
“Namun, bila kita bercakap tentang media sosial, ia merupakan perkara yang kita tak boleh nak kawal. Orang ramai pun dah boleh merakam dan bukan wartawan sahaja.
“Kemudian, mereka muat naik video tersebut tanpa tahu situasi dan buat andaian sendiri. Perkara itu akan menjadi masalah kepada saya,” ujarnya lagi.
Jelas Mamat lagi, hal ini secara tidak langsung akan menimbulkan persepsi negatif orang ramai seterusnya menjejaskan nama baiknya.
“Pada saya, orang ramai kini harus berfikiran lebih terbuka. Saya tak minta pun mereka lindungi saya tapi kandungan yang mereka nak muat naik itu boleh mengaib dan menyusahkan saya.
“Pada masa akan datang, bila saya nak buat persembahan, orang akan buat penilaian dan andaian sesuka hati. Jadi, macam-macam hal yang perlu kita jawab.
“Kalau mereka lebih berfikiran terbuka, saya tidak perlu nak menjawab pelbagai persoalan. Muka saya tak keluar surat khabar pun saya tak kisah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Mamat turut memaklumkan dirinya tidak kisah sekiranya tidak mendapat perhatian daripada pihak media asalkan dia boleh melakukan rutin hariannya seperti biasa
“Biarlah saya buat aktiviti harian saya seperti biasa. Ia akan lebih memudahkan urusan saya.
“Orang luar tak pernah tahu fasal kehidupan saya tiba-tiba nak buat kandungan yang bukan-bukan fasal saya. Anda siapa nak menilai seseorang.
“Buatlah haluan masing-masing tak perlulah nak merakam atau buat video,” akhirnya.
Terdahulu, Mamat bersama kumpulan Exists bakal mengadakan konsert Exists x Orchestra yang bakal berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 22 Disember ini.
Konsert ini merupakan kali pertama Exists bakal mengadakan konsert sambil diiringi barisan orkestra secara penuh.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Azhan Rani mendedahkan dirinya masih belum terfikir untuk menamatkan zaman bujang meskipun usianya hampir menjangkau 50 tahun.
Menurut Azhan, fokusnya ketika ini hanyalah untuk menjaga ibunya yang sedang uzur selain turut sibuk dengan kerjaya seni.
“Saya tak pernah fikir pun soal jodoh ini. Antara sebabnya adalah kerana saya fokus pada komitmen kerjaya dan saya menjaga ibu yang sedang uzur.
“Bila saya tiada komitmen keluarga sendiri, saya ada banyak masa untuk menjalankan tanggungjawab pada ibu berbanding adik-beradik lain yang sudah berkeluarga.
“Saya tak nak kata itu satu pengorbanan kerana ia merupakan tanggungjawab,” katanya kepada MH.
Azhan berkata sedemikian ketika ditemui ditayangan perdana filem Tebus The Movie yang berlangsung di GSC, The Starling Mall, Petaling Jaya pada Rabu.
Pada masa sama, pelakon berusia 47 tahun ini juga akui tidak kisah untuk berhadapan dengan orang di sekeliling yang kerap bertanyakan tentang jodohnya
“Saya meraikan sahaja pertanyaan mereka kerana saya faham mereka cuma prihatin terhadap diri saya.
“Saya tak sunyi pun. Saya ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Saya ada kucing dan ibu yang menemani hari-hari saya,” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, Azhan turut mendedahkan dirinya ada menerima beberapa mesej di media sosial daripada wanita-wanita yang mahu berkenalan dan ada juga yang mahu mengajaknya untuk terus berkahwin.
“Kalau saya bagitahu, bunyinya macam angkuh pula nanti. Memang ada juga yang hantar mesej di sosial media ajak berkenalan.
“Tapi ketika ini, saya takut juga sebab ada yang terus ajak berkahwin padahal saya tak kenal pun. Fasal duit pun saya pernah kena tipu inikan pula hal kahwin.
“Nanti bila berjumpa, gambar di media sosial lain, bila secara berhadapan lain pula. Saya pun tak tahu niatnya serius atau tidak,” katanya lagi.
Ditanya mengenai ciri-ciri wanita yang ingin dijadikan isteri, Azhan memaklumkan dia terima sahaja jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
“Mengenai status bakal isteri janda atau anak dara, mestilah saya kisah. Ingat saya tiada taste ke? Sebenarnya saya tak pernah fikir secara details pun mengenai hal ini.
“Yang penting dia menerima saya dan saya menerima dia. Saya tak kisah jodoh yang macam mana. Saya pun bukan sempurna sangat
“Soal jodoh ini, semua Allah yang tentukan. Kalau esok atau lusa saya dipertemukan jodoh, saya terima sahaja,” akhirinya.
Terdahulu, Azhan merupakan antara pelakon yang membintangi filem terbaharu, Tebus The Movie.
Selain Azhan, filem sarat aksi ini turut membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Aedy Ashraf, Ahirine Ahirudin dan Idan Aeden.
Tebus The Movie merupakan filem arahan pengarah, Jason Chong yang kini boleh ditonton di aplikasi penstriman, Prime Video.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Azhan Rani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres jelita, Raysha Rizrose menyeru para isteri untuk sentiasa meletakkan kedudukkan suami ditempat tertinggi meskipun memiliki tahap pendidikan atau pendapatan yang jauh lebih baik.
Menurut Raysha, sekiranya ego merasakan diri lebih baik menguasai diri, keharmonian rumah tangga boleh tergugat.
“Saya tak nafikan perkara tersebut. Namun, sebab itu di dalam Islam, tanggungjawab diberikan kepada lelaki.
“Wanita ini bila mereka berduit atau berstatus, dengan sendirinya dia akan merasakan diri mereka lebih baik daripada suami. Situasi itu yang membuatkan sesuatu perhubungan rasa tak seronok,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Bisik-Bisik Gelora itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Anugerah Telenovela ke-9 baru-baru ini.
Bagaimanapun, Raysha tetap menyokong usaha para wanita untuk sentiasa mengejar impian yang telah mereka impikan selama ini.
“Sebagai wanita, terutama sekali di dunia moden di mana kita perlu berkerjaya dan pandai berdikari, pada masa sama, kita juga kena ingat yang status seorang suami harus sentiasa diletakkan di atas walaupun kita berduit.
“Hal ini sangat penting kerana ia merupakan dugaan dan ujian buat para wanita yang berkerjaya untuk sentiasa meletakkan diri mereka di bawah,” ulasnya lagi.
Ditanya sama ada pernah terdetik di hatinya merasakan dirinya lebih baik daripada suami, Raysha berharap agar perasaan tersebut dapat dijauhkan.
“Harapnya tidak akan adalah perasaan sebegitu. Saya sedaya upaya untuk mengawal perasaan tersebut.
“Walaupun pendapatan kita lebih banyak daripada suami, kita kena meletakkan dia sebagai seorang yang menguruskan segala hal.
“Saya tak mahu timbul perasan bila kita boleh urus dan sediakan segalanya untuk diri sendiri, kita akan mula persoal fungsi suami
“Perasaan itu yang kita nak jauhkan. Kalau ada rasa sebegitu, muhasabah diri dan ubahlah cara pemikiran,” akhirinya.
Sekadar informasi, Raysha baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan usahawan dan pelumba kereta Formula 3 (F3), Nabil Jeffri pada 22 Februari lalu.
Terdahulu, juara Dewi Remaja 2017 ini bakal bersaing dengan nama-nama besar lain menerusi kategori Pelakon Wanita Popular dan Pasangan Serasi Popular di Anugerah Telenovela ke-9.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Amira Othman akui walaupun sering menjadi sasaran kecaman di media sosial, namun dia memilih untuk tidak terlalu memikirkan komen negatif yang dilemparkan oleh segelintir netizen.