
Dalam kehangatan menguruskan empayar makanan miliknya, pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro, mengambil satu langkah mulia yang menyentuh hati ramai.
Demi menghargai semangat dan kecekalan sahabatnya, Ebby Yus yang tetap gigih mencari rezeki meskipun kesihatan tidak mengizinkan, Ajak memutuskan untuk menghadiahkan satu lagi cawangan restoran Bumbu Babah khas buat pelawak senior tersebut.
Menurut Ajak, cawangan baru itu dibuka berhampiran kediaman Ebby bagi memudahkan urusannya, dan dia turut tersentuh dengan kesungguhan Ebby yang kerap hadir ke restoran walaupun sedang menempuh ujian kesihatan.
View this post on Instagram
“Hari ini, saya nak buat kejutan buat Abang Ebby Yus. Dia seorang yang rajin dan selalu datang ke kedai. Buatkan kita pula rasa segan. Saya jadi kesian.
“Macam mana saya nak buat agar Abang Ebby tidak penat tapi masih boleh datang kedai, jadi kami buka cawangan baharu di Kampung Baru.
“Lepas ni Abang Ebby boleh selalu datang sebab memang dekat dengan rumah. Abang Ebby akan jaga cawangan di Kampung Baru ini,” kongsinya.
Perkongsian tersebut dimuat naik oleh Ajak menerusi satu video di Instagram.

Bersyukur, Doa Agar Rezeki Berpanjangan
Menerusi video sama, Ebby kelihatan sebak dan amat berterima kasih atas kepercayaan besar yang diberikan oleh Ajak kepadanya.

“Terima kasih banyak Ajak. Allahuakbar. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Dalam keadaan begini, saya sangat bersyukur.
“Saya pun selalu doakan agar bukan sahaja saya tapi seluruh pasukan diberikan rezeki yang melimpah ruah. Semoga Ajak dapat terus berkongsi rezeki.
“Itu sahaja yang mampu saya lakukan saat ini. Yang lain saya tak mampu. Saya tiada daya dan upaya lain,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ajak Shiro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




