“Kejam Betul!!,” – Watak Ruhila Dalam Drama Takdir Yang Tertulis, Elvina Mohamad Jadi Perhatian Penonton

Share

Sebuah drama rantaian terbaru berjudul Takdir Yang Tertulis nyata mendapat perhatian meluas daripada penonton setia drama tempatan.

Masing-masing memberikan reaksi positif dan tidak sabar untuk menantikan episod terbarunya.

Lakonan Elvina Mohamad yang memegang watak Ruhila menerusi drama tersebut juga turut membuahkan hasil, sekaligus menjadi perbualan di kalangan pencinta drama tempatan.

Menerusi drama yang bersiaran di slot Samarinda TV3 itu, rata-ratanya memuji Elvina yang disifatkan berjaya menghidupkan watak Ruhila, seorang wanita positif sebelum takdir mengubah dirinya menjadi seorang yang berbeza.

Dalam pada itu, Elvina ada menitipkan ucapan terima kasih kepada penonton yang telah menonton drama bersiri tersebut.

“MAAFKAN SAYA – RUHILA Habislaaa kena kecammmm. Larikkkkk

“Terima kasih kerana semua menonton, jumpa esok!!#TakdirYangTertulis #SlotSamarinda #DramaSangat,” tulisnya.

Selain Elvina, drama ini turut dibintangi pelakon hebat seperti Nad Zainal, Nazim Othman, Didie Alias dan ramai lagi.

Takdir Yang Tertulis bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.

Foto: Instagram Elvina Mohamad

IKLAN