Categories: Uncategorized

Keith Foo Beri Nama Anak ‘Skylar’

Share

Pelakon Keith Foo kini sudah bergelar bapa selepas isterinya Kim Raymond melahirkan cahaya mata sulung mereka minggu lalu.

Baru-baru ini di akaun instagram miliknya, dia telah mendedahkan nama anak perempuannya itu yang diberi nama Skylar Raymond Foo dengan menggunakan hashtag, #skylarraymondfoo, #fatherofskylar, #motherofskylar.

Walau bagaimanapun, seperti kebanyakan artis lain, Keith masih belum mendedahkan wajah anak perempuannya yang baru lahir itu.

Terdahulu, pada 30 Mei lalu Keith dan Kim telah menimang cahaya mata pertama mereka di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Berita gembira tentang kelahiran puteri sulungnya ini juga telah dikongsi menerusi akaun instagramnya.

Keith meluahkan rasa teruja dengan kehadiran cahaya matanya di ruangan kapsyen tersebut.

“I never thought I would fall in love with another girl but today I did #foreverlove #daddyslittlegirl #proudestdad #amazingday #thankyougod #blessed #greatful #littlekimchi #babykimchi #babyfoo #babyraymondfoo #iminlove #loverespectunity,” tulis kapsyennya.

Semoga Skylar membesar dengan sihat dan menjadi kebahagiaan buat ibu dan bapanya.

Sumber: Instagram Keith Foo

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

IKLAN