Categories: Uncategorized

Kecoh! Peminat Kpop ‘Triggered’ Kain Rentang Haramkan Konsert K-Wave Music Festival 3 Di Shah Alam

Share

Konsert Kwave Music Festival nampaknya kini mendapat tentangan penduduk sekitar Shah Alam, Selangor apabila satu kain rentang membantah konsert tersebut dinaikkan di kawasan tersebut.

Apa yang menarik perhatian MH adalah ayat yang terpapar di kain rentang berkenaan.

“Kami bantah penganjuran K-Wave Music Festival, jangan mengundang bala dan murka Allah ke bumi Shah Alam,” tulisnya.

Susulan itu, ramai peminat kpop meluahkan rasa kecewa mereka kerana masih ada yang prejudis terhadap muzik Kpop di negara ini.

Malah, ada juga yang mengatakan bahawa setiap jenis konsert pun tetap ‘haram’ hukumnya.

Sementara itu, penganjur mengesahkan bahawa tiket konsert bagi pakej Ecolite Zon P (L) dan S (L) serta Ducth Lady Zon P (R) dan S (R) telah habis dijual.

Pakej untuk zon lain masih boleh didapati namun tempat di Rock zone dan Long Tv Zone M adalah terhad.

Barisan artis yang bakal memeriahkan konsert itu adalah FT Island, EXID, Monsta X, AOA, Jeong Sewoon, WJSN dan Boyfriend bertempat di Stadium Melawati Shah Alam, jam 8 malam. Ia juga dibawakan khas oleh Mcalls anjuran Macpiepro dengan kerjasama MSR.

IKLAN