Baru-baru ini, isu pemandu teksi bersikap biadap terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Langkawi kecoh diperkatakan.
Malah, di Twitter juga kelihatan ramai yang berkongsi pengalaman mereka kena ‘pau’ dengan segelintir pemandu teksi yang turut mengenakan caj tinggi.
Turut sama berkongsi pengalaman mereka adalah dua selebriti, Adibah Noor dan Nourul Wahab.
Adibah berkongsi pengalamannya semasa berada di Kota Kinabalu, baru-baru ini.
“Insiden baru2 ini. Grab: hotel sutra harbour kk-imago mall = rm4.
“Teksi: imago-hotel sutra habour = rm15 (harga terus letak, bukan pakai meter)
“I bg tau, “naik grab rm4 jer”. dia kata “kalau nak jimat, naiklah grab”, sambil ketawa kecil. Tapi dia mesra pelanggan. Tak biadap,” kongsinya di Twitter.
insiden baru2 ini.
grab: hotel sutra harbour kk-imago mall = rm4.
teksi: imago-hotel sutra habour = rm15 (harga terus letak, bukan pakai meter)
i bg tau, "naik grab rm4 jer". dia kata "kalau nak jimat, naiklah grab", sambil ketawa kecil.
tapi dia mesra pelanggan.
tak biadap.— ADIBAH NOOR ??? (@adibahnoor) October 21, 2018
Sementara itu, Nourul pula meluahkan kekesalannya apabila suaminya, Eric Daniel Depp Sering menjadi mangsa kerana disangkakan sebagai pelancong.
“Dari Klcc ke rumah saya di jalan Ceylon : rm30. Takde meter. Teksi biru. Teksi merah dari bukit bintang ke jalan Ceylon yang sekangkang kera rm15 tanpa meter.
“Kalau kita tanya meter marah dan maki kita. My Husband kena selalu sebab dia foreigner,” kongsinya pula.
Dari Klcc ke rumah saya di jalan Ceylon : rm30. Takde meter. Teksi biru. Teksi merah dari bukit bintang ke jalan Ceylon yang sekangkang kera rm15 tanpa meter. Kalau kita tanya meter marah dan maki kita. My Husband kena selalu sebab dia foreigner https://t.co/DNPBl8os2k
— Nourul Wahab Depp (@NurulWHB) October 21, 2018
Berikutan harga cekik darah inilah membuatkan ramai yang memilih pengangkutan alternatif seperti Grabcar dan lain-lain namun perkara ini tidak disenangi oleh pemandu teksi.
MH merasakan setiap orang mempunyai pilihan mereka masing-masing dan dek kerana kenaikan kos sara hidup kini, pastilah rakyat memilih jalan alternatif yang murah kan? Apa-apapun, moga isu ini dapat diselesaikan secara baik, tak perlu gaduh-gaduh.
Foto/Instagram: Adibah Noor & Nourul Wahab
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI