Kecoh di laman Twitter apabila satu bebenang mengenai ‘perbualan’ pelakon dan Diva, Azwan Ali bersama abangnya yang juga merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali kononnya kedua-dua beradik tersebut merancang untuk berbuka puasa bersama.

Lucunya, perbualan tersebut turut di berakhir dengan ‘Tweet’ daripada ‘Azwan’ sendiri.

“Amboi Semua, kemain seronok ya, jangan sampai aku nerakakan korang semua. Haprak betul!, Abang! tengok diaorang ini, moklu,” tulis ‘Tweet’ tersebut.

Kecoh! Azwan Ali Marah ‘Perbualan’ Dia Dan Abang Di Twitter

Kecoh! Azwan Ali Marah ‘Perbualan’ Dia Dan Abang Di Twitter

IKLAN

Kecoh! Azwan Ali Marah ‘Perbualan’ Dia Dan Abang Di Twitter

 

Bagaimanapun, berkata kepada NST, Azwan mengatakan bahawa dia tahu mengenai perkara tersebut dan mendakwa ia tidak lucu!

IKLAN

“Saya mungkin tiada akaun Twitter, tapi itu tidak menghalang saya daripada mengawasi apa yang terjadi di sana.

“Walaupun mereka tidak mengunakan bahasa yang kasar, namun saya masih rasa terhina. Teruskan lah korang, tunggu balasannya nanti,” katanya.

Terdahulu, Azwan menutup akaun Twitternya awal bulan ini selepas banyak kali digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Dia juga sebelum ini, begitu lantang bersuara ingin ‘membongkar’ siapa sebenarnya abangnya itu di mata orang ramai namun sehingga kini senyap tanpa khabar berita.

IKLAN

Kecoh! Azwan Ali Marah ‘Perbualan’ Dia Dan Abang Di Twitter

Semasa PRU14 juga, Azwan turut bertanding melawan Azmin di DUN Bukit Antarabangsa namun hanya mendapat 90 undi sahaja.

Dalam pada itu, Azwan turut menjelaskan bahawa dia dan abangnya tidak pernah berbaik dan aktiviti yang wajib dia lakukan menjelang bulan ramadan.

“Tidak, saya belum bersedia untuk bermaaf-maafan dengannya walaupun dia sudah menyandang jawatan menteri kini.

“Sepanjang 10 tahun lalu, saya akan ke Mekah setiap ramadan untuk menunaikan Umrah tetapi kali ini saya hanya duduk di rumah sahaja.

“Saya merancang untuk menunaikan haji,” katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI