Uncategorized

Kecoh! Amy Mastura Muncul Dalam Video Cameo Jepun

Share

Haa.. kepada semua peminat anime Jepun, mesti ‘familiar’ dengan filem penyiasatan ‘The Kindaichi Case Files’. Cerita dia ala-ala Detektif Conan gitu.

Tahu tak, program tersebut ada buat penggambaran di Malaysia lebih kurang tahun 2013 macam di KLCC, tapi itu bukanlah apa yang MH nak kongsi di sini.

Menariknya filem tersebut turut mempunyai cameo daripada pelakon Malaysia iaitu Amy Mastura tau!

Bestnya, Amy siap cakap melayu lagi, tak perlu pening-pening nak belajar cakap Jepun, cuma hujung-hujung itu je cakap ‘Arigato’ yang bermaksud ‘terima kasih’.

MH difahamkan, masa penggambaran dilakukan di sekitar KLCC, memang ramai peminat datang tengok.

Kebetulan salah seorang ahli Jpop, Hey Say Jump! Yamada Ryosuke ada berlakon serta bekas anggota Fahrenheit iaitu Wu Chun pun ada sekali.

Masa itu, Hey Say Jump! memang tengah popular dan Yamada merupakan salah seorang ahli yang paling top lah dalam kumpulan tersebut. MH pun terjebak juga dengan Jpop ini.

Cuma, MH pun pelik kenapa tiba-tiba video ini viral balik, mesti lepas ini ramai yang cari filem ini kan?

Sumber: shahfizan

IKLAN