Sudah menjadi tanggungjawab bekas suami untuk memberi nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak walaupun sudah bercerai.
Terbaru, pelakon Norman Hakim ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi gambar tersebut, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon telah berkongsi gambar perbualan ‘Whatsapp’ bersama isterinya, Memey Suhaiza dan bekas isteri, Abby Abadi.
Dalam pada itu, Norman turut memberi nasihat kepada peminat mengenai tanggungjawab nafkah kepada isteri.
“Sekadar berkongsi tips;selain drpd ayah mak,nafkah utk isteri (& mantan isteri) jangan dilupa walaupun isteri jenis tak meminta2 atau ada bisnes,bekerja & ada pendapatan sendiri.
“Duit dia,duit dia..duit kita,duit dia jugak hak hak,
“Berapa amaun yg diberi takkan ternilai dgn pengorbanan isteri kita mengurus & menjaga terutama untuk anak2 kita,betul tak?Yg penting doa tu..,
“doa2 yg ‘deep’ dari lubuk hati yg ikhlas yg sgt2 didambakan olehku utk terus kuat berusaha mencari rezeki yg halal & barakah utk keluarga,
“Semoga diri ini terus istiqomah sehingga ke akhir hayat Aamiin…Aamiin…Aamiin Ya Rabb Ya Allah,” tulisnya.
Pelakon Ashraf Muslim meluahkan rasa syukur kerana dijemput Allah untuk menunaikan haji tahun ini.
Pelakon berusia 38 tahun itu merakam videonya di depan Kaabah serta menceritakan pengalaman terdahulu sebelum menunaikan Rukun Islam kelima itu.
“Ini adalah jemputan dari Allah dan perjalanan untuk dapatkan Haji cukup menarik.
“Saya tak perasan dan tak sedar sebelum ini ayah dulu , dia yang simpankan duit saya. Macam saya pergi Haji tak bayar langsung. Caranya mudah sahaja, tanggungjawab seorang ayah dan ibu. Contoh, waktu kecil, ayah saya dah masukkan duit dalam tabung haji setiap bulan dan dia pun dah potong gaji debit akaun sebanyak RM50 sehingga tahun 2006 dah berhenti bayar.
“Waktu itu dalam akaun ada RM6 ribu dan tak cukup nak pergi Haji dan akaun ‘senyap’ tak buat apa-apa,” dedahnya.
Dipendekkan cerita, apa yang diusahakan pelakon ini segalanya dipermudahkan.
“Sehinggalah tahun 2019, duit dalam akaun jadi berganda. Ketika itu dapat surat tawaran, saya tertanya-tanya duit dalam akaun tak cukup, macam mana boleh pergi. Jadi saya ke kaunter yang berkenaan.
“Kemudian, mereka cek baki ada hampir RM14 ribu. Jadi, duit berganda-ganda dari tahun 2006 hingga 2019 naik RM7 ribu ke RM8 ribu. Ini semua kuasa Allah, tanpa disedari.
“Saya amat berteima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak membantu memberi peluang untuk saya menunaikan Haji.
“Kalau saya nak simpan duit, sampai ke tualah nak jejak kaki ke Tanah Suci ini,” kongsi Ashraf panjang lebar.
Malah, pelakon Dia Menantu Rahsia itu bersyukur kerana ibu bapanya sentiasa memberikan yang terbaik buat dirinya dan adik-adiknya.
“Perjalanan Hajiku
“Perjanan Haji ku… Syukur dikurniakan mak ayah yg sentiasa ingin terbaik untuk anak-anaknya. Terima kasih ayah dan mak sbb kesungguhan utk Along, Along dpt tunaikan haji.. terima kasih byk. Jasamu sungguhlah terlalu tinggi nilainya.. Rindu ayah dan Rindu Mak.
“Rukun Islam yg ke-5 adalah perkara yg paling terakhir kita perlu lakukan. Ada byk cara kita boleh lakukan bg memastikan kita mampu kesana iaitu buat simpanan awal-awal supaya kita dan ahli keluarga boleh menjalani ibadah dalam usia yg muda, bila muda bdn masih ada tenaga, sihat dan cerdas.
“Ibadah haji bukan sahaja perlukan spiritual dalaman (rohani) malah kekuatan fizikal dan mental. Perlu kita study dr pelbagai segi sudut utk kita mampu menunaikan haji.
“So pada sahabat-sahabat semua, saya syorkan supaya mulakan simpanan duit dan register haji melalui Tabung Haji sbb byk kelebihan anda akan dapat.
“Yup.. saya dah laluinya dgn rm 9980 saya dapat datang ke tanah suci selama 40 hari bg mengerjakan ibadah haji bersama muassasah TH. Siapa lagi nak bagi harga yg mcm ni.
“Ini belum lagi cerita pasal servis mereka yg makin bagus dr sebelum ini dan makanan pun makin berselera. Senang cerita, Value yg jemaah haji dapat agak tinggi berbanding duit yg dibayar. So fikir-fikirkanlah sahabat. Jgn buang masa. Assalamualaikum, tulis Ashraf panjang lebar.
Terdahulu, Ashraf berangkat ke Tanah Suci pada 2 Ogos lalu dan meninggalkan dua orang isterinya iaitu Noor Dayana Lokman (berkahwin pada 2011) dan Wan Sakinah Wan Subari (berkahwin pada 2013).
Hasil kedua-dua perkahwinan tersebut Ashraf dikurniakan empat cahaya kesemuanya.
Menerusi perkahwinan pertama, Ashraf dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf.
Manakala perkahwinan kedua, Ashraf dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Safiyyah Ashraf.
Anak kepada pelakon Normah Damanhuri iaitu Ahya Rosli ada berkongsi pesanan mengenai alam perkahwinan.
Kongsi pemilik nama penuh Ahya Ulumuddin Rosli ini, perkara paling penting perlu dilakukan setiap individu Muslim adalah bersedekah.
Malah, setiap individu perlu berdoa dan tawakal (berserah) kepada Yang Maha Esa selepas berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diidamkan.
“Kerja kuat 10 tahun kumpul duit , kahwin, beli rumah, beli kereta power, superbike 1, pastu travel la cari benda baru. Paling penting zakat dan sedekah jangan pernah lupa. Doa lebih sikit mesti dapat,” tulisnya.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.