Uncategorized

“Kecik Hati Mama Anas Nanti,”- Sering Rakam Foto Mesra, Netizen Minta Wanita Ini Jangan Ganggu Rumah Tangga Orang?

Share

Sejak tular di media sosial, kehidupan Baby Anas dan ayahnya sering kali menjadi perhatian para netizen tidak kira apa sahaja yang mereka lakukan.

Selain kerap menjadi tetamu undangan dibeberapa program television, mereka juga dilihat sibuk menjadi duta untuk kebanyakkan produk.

Dalam kesibukkan itu, timbul rasa kurang senang dihati netizen apabila mendakwa sering melihat Papa Anas merakam gambar mesra bersama seorang wanita.

Selain itu, netizen turut mendakwa wanita tersebut sering memuat naik gambar beserta kapsyen ‘sweet’ bersama Papa Anas di Instagram.

Dalam pada itu, wanita tersebut turut secara terbuka menawarkan diri  untuk menjadi ibu kepada Baby Anas.

Diruangan komen, rata-rata netizen menganggap wanita tersebut seperti mengelirukan dan tidak menghormati perasaan isteri kepada Papa Anas itu.

Semoga isu ini tidak dibiarkan berpanjangan supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai dan mengguris hati mana-mana pihak.

Foto: Twitter

IKLAN