Keberadaan pelakon dan penyanyi Bella Astillah di Pejabat Agama Islam seawal jam 2.40 pagi tadi telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet.
Ia susulan sebuah hantaran terkini yang dikongsikan Melodi TV3 menerusi laman Instagram, sebentar tadi.
“Pelakon & Penyanyi Bella Astillah muncul di Pejabat Agama Islam jam 2.40 pagi, ada apa tu Bella???,” tulis paparan berkaitan.
Ads
Menerusi video pendek tersebut, isteri kepada Aliff Aziz itu dilihat memakai tudung hitam bersama blaus berwarna merah jambu yang dipadankan bersama jeans biru.
Ads
Malah ibu kepada dua cahaya mata itu turut ditemani dua wanita bertudung yang memakai pelitup muka.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Saya tak pasti dengan keadaannya sebab saya pun sudah lama tak jumpa dia.” Demikian kata pelakon, Shahidan Izwan mengenai rakan baiknya, Aliff Aziz yang terpalit dengan kontroversi dakwaan khalwat bersama aktres, Ruhainies baru-baru ini.
Menurut Shahidan, meski tidak bertemu namun dia dan Aliff masih saling bertanya khabar.
“Setakat ini kami adalah berhubung menerusi telefon. Apa pun bagi saya kita doakan sahajalah yang baik-baik.
“Moga perkara ini dapat diselesaikan secara lancar. Sampai sekarang pun kami masih lagi berhubung” katanya.
Ditanya sama ada Aliff pernah meluah mengenai isu hangat berkenaan kepadanya, pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah akui Aliff belum berbuat demikian.
“Setakat ini dia tidak ada berkongsi apa-apa, cuma dia minta doa, agar dia kuat. Saya pun risau. Tapi buat masa sekarang ini alhamdulillah dia semakin baik.
“Saya sedia maklum akan hal yang berlaku, agak terkejut jugalah. Tapi saya pun tiada di tempat kejadian. Jadi tak berani nak bercakap apa-apa. Takut nanti ia boleh jatuh fitnah.
“Apa yang boleh kita buat ialah mendoakan yang baik-baik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar bersama Izzue Islam di Kueh Cafe, Shah Alam, pada Isnin.
Mengulas mengenai keperibadian Aliff sepanjang mengenali, Shahidan menyifatkan bapa kepada dua cahaya mata itu sebagai rakan yang baik.
“Alhamdulillah dengan saya, dia seorang yang baik, selalu menegur kalau saya buat silap. Malah dia pun tak lekang daripada dakwah juga sebenarnya.
“Dia pun tak terlalu bergaul dengan ramai orang. Misalnya kalau nak keluar beli keperluan penggambaran atau nak ‘man talk’ pun dengan saya. Itu sajalah,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan usahawan, Shuib tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menyentuh isu sensitiviti dan mempersendakan agama Islam.
Shuib berkata sedemikian selepas ditanya mengenai responnya berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Super Mart yang tular baru-baru ini.
“Sebagai seorang yang beragama Islam, saya sangat terkesan sebenarnya. Hal ini tidak sepatutnya berlaku dalam ada jua situasi dan bisnes.
“Kita pasti akan marah kerana kalimah Allah itu merupakan satu perkara yang amat besar buat kita.
“Jika benar perbuatan ini sengaja dilakukan, saya tidak akan menyokong dan mengiyakan perbuatan ini. Ini merupakan tanggungjawab saya sebagai orang Islam,” katanya yang juga merupakan duta KK Mart.
Shuib yang ditemui pada majlis berbuka puasa Indigital Music x FYP Media semalam turut menegaskan kalimah Allah pada stoking merupakan penghinaan buat umat dan agama Islam.
“Saya marah. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Perbuatan ini sangat keji. Bagaimanapun, perkara ini masih belum selesai dan siasatan sedang dijalankan.
“Saya tak boleh nak komen lebih kerana ia turut melibatkan bisnes orang lain dan sensitiviti orang.
“Sebagai umat Islam saya tidak akan menyokong perkara yang tidak betul atau melanggar peraturan,” ujarnya lagi.
Dia yang juga bekas ahli kumpulan Sepahtu mengakui sedia melepaskan tanggungjawabnya sebagai duta sekiranya kedai serbaneka itu terbukti bersalah kelak.
“Kalau macam itulah ceritanya, saya terima kerana saya sentiasa percaya kepada rezeki. Kalau tiada rezeki saya, tidak mengapa.
“Yang paling utama, saya kena meletakkan diri saya sebagai seorang yang beragama Islam,” kongsinya lagi.
Ditanya sama ada dia akan lebih berhati-hati untuk mempertimbangkan tawaran menjadi duta selepas ini, Shuib punyai pandangan tersendiri.
“Pada saya, perkara ini sangat subjektif. Kita pun tak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Bila sesebuah tawaran itu datang, banyak benda yang kita kena ambil kira.
“Kita juga kena lihat cara kerja mereka. Ini merupakan antara aspek yang perlu diambil kira bukan sahaja saya tapi semua orang yang dipilih menjadi duta atau jurucakap sesebuah jenama,” akhirinya.
Terdahulu, kecoh satu Malaysia apabila tular dalam media sosial kewujudan stoking yang tertera kalimah Allah dijual secara terbuka di rangkaian kedai serbaneka KK Mart.
Selepas teruk menerima kecaman ramai, KK Mart kemudiannya tampil membuat permohonan maaf susulan penjualan stoking di satu daripada cawangannya.
Kini, siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa berhubung penghasilan produk yang dianggap biadab dan sengaja mencetuskan provokasi terhadap institusi agama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Khabar sedih menyelubunyi keluarga penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw apabila adik kandungnya, Shanty Yuliet Goeslaw atau lebih dekenali sebagai Uli Goeslaw meninggal dunia.
Berita kematian tersebut dikongsikan sendiri oleh pelantun lagu Ada Apa Dengan Cinta itu menerusi satu hantaran di laman Instagram.
“Selamat jalan adikku Shanty Yuliet Goeslaw (Uli Goeslaw), berbahagialah di sana,” tulisnya.
Dalam video yang dimuat naik itu dapat dilihat Melly dan suaminya, Anto Hoed memberi penghormatan terakhir kepada adiknya di rumah duka tempat jenazah adiknya akan dikuburkan.
Dalam suasana penuh sedih, Melly menghampiri peti yang menempatkan jenazah dan mengusap tangan mendiang adiknya itu.
Dia turut menitipkan kata pesan dan memanjatkan doa untuk adiknya sekaligus menyatakan hasrat agar mereka bertemu lagi.
“Nona manis nona ambon tak perlu lagi susah-susah memikirkan masalah di dunia ini sayang. InsyaAllah nanti kita bertemu lagi,” luahnya.
Biarpun berbeza agama, hubungan keluarga Melly tetap utuh. Imbas kembali, Melly dibesarkan sebagai penganut Kristian sebelum memilih untuk memeluk agama Islam lebih sedekad lalu.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...