Rita Rudaini mengakui dirinya ada perasan kewujudan akaun palsu yang dicipta sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang secara tiba-tiba akan muncul meninggalkan komen negatif apabila dia berkongsi foto anak-anak di laman Instagram.
Tambah Rita, ada ketikanya dia akan turut mengambil pendirian untuk membalas sesetengah komen yang ditulis dari akaun palsu terbabit pada entri foto melibatkan dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8.
“Saya ada juga berikan reaksi terutamanya yang beri komen menggunakan akaun palsu. Kebanyakannya yang tidak bergambar. Saya akan balas.
“Saja kadang-kadang kalau ada masa saya ‘melayan’,” katanya.
“Saya perasan, kadang-kadang kalau kongsikan foto anak-anak menerusi Instagram, akan ada akaun palsu yang akan tinggalkan komen.
“Pelbagai komen yang muncul, malah ada yang macam tak puas hati. Nak buat macam mana? Sebabnya, bila saya kongsi foto anak, ramai yang akan berkait, contohnya ada yang beri komen ‘mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, macam bapa mereka pandai main bola dan macam-macam lagi, akan masuk balik kenangan dulu.
“Saya okay sajalah. Tapi ada pula akaun palsu komen yang tak baik, jadi dari situlah saya mula balas komen,” jelasnya kepada MH.
Ads
Ditanya sejauh mana dirinya sebagai seorang selebriti perlu menjawab respon tidak berasas dari sesetengah akaun palsu di media sosial, bintang Mami Jarum ini menyifatkan selebriti juga sama seperti penggguna media sosial lainnya.
“Selalunya saya ikutkan mood. Bagaimanapun, selebriti pun manusia biasa. Jika ia dikira melampau dan rasa perlu komen, komenlah.
“Cuma cara komen tu biarlah berasas atau pun nasihat. Kadang kita pun nak hiburkan ‘hatinya’ yang sunyi, ‘dia’ pun perlukan respon dari kita,” seloroh Rita.
Ads
Rita terdahulu ditemui media sejurus selesai saingan program All Stars Buka Panggung (ASBP) minggu keempat, Ahad lalu.
Bintang berusia 41 tahun itu mengungguli minggu keempat program berkenaan, sekali gus menjadi juara mingguan wanita pertama dengan menafikan kemaraan Datuk Fizz Fairuz, Johan Asari dan Ruhainies ke peringkat separuh akhir.
Atas kemenangan yang diraih, Rita memenangi RM4,000 berserta trofi dan wang tersebut telah disumbangkan kepada pelakon veteran tanah air yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Ramli Mohamad atau lebih dikenali sebagai Pak Limra.
Merupakan ahli Persatuan karyawan Malaysia, Pak Limra kini difahamkan berada di Pusat Jagaan Mahmudah Warga-Warga Tua di Semenyih, Selangor.
Rita bakal berentap bersama pemenang episod-episod lain pada pusingan separuh akhir pada minggu keenam nanti.
Pusingan akhir pula akan berlangsung pada minggu ketujuh.
ASBP merupakan rancangan yang menguji dan mencabar pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas secara spontan tanpa bantuan skrip.
Menampilkan pelawak daripada kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol sebagai pengacara sementara Primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira pula menggalas tugas sebagai Seri Dewi Panggung.
ASBP disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand bersiaran setiap Jumaat, pukul 9.00 malam secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam.
Foto: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas salah seorang anaknya, Cik B menjadi penghias muka hadapan majalah Remaja edisi terkini yang mendapat reaksi pelbagai netizen, ibunya yang juga usahawan selebriti, Datuk Seri Vida tampil memberikan reaksi.
Perkongsian tersebut khasnya dibuat buat sesetengah pengguna media sosial dipercayai mengkritik serta memberi kecaman terhadap penampilan Cik B atau nama lengkapnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin itu.
Vida mendakwa anaknya Cik B berasa rendah diri dan tidak bersemangat. Malah, ada juga yang turut mempersoalkan warna kulit anaknya itu apabila menjual produk kosmetik.
“KECAMAN..CACIAN..MAKIAN..Yang Dilemparkan kepada Cik B @cikb_havoc66. Ramai yang Mengata cikB. Buatkan CikB rasa rendahh diri. Tak semangat. Suka sendiri.. Buat hal sendiri.
“Nak jual kosmetik orang kutuk. Orang persoalkan Warna kulit CikB. Tak putih pun.
“Cik B tahu kekurangan dia. Cuba buat something different. Jual @cikb_hq_salted_egg_salmon & @cikb_bobalova. Makanan Salmon skin salted egg PERTAMA DI MALAYSIA. SALMON CRUMBSO dengan Mozarella Cheese & Boba Lova,” tulisnya di Instagram sambil memberikan kredit.
Bintang media sosial, Ain Afini berkongsi pengalaman ketika melahirkan cahaya mata sulung, Muhammad Adam Aysar pada 12 Jun lalu.
Malah, Ain merakam foto saat Adam dilahirkan dengan jarinya lebam akibat pengambilan ubat antibiotik.
“Ni gambar masa hari pertama permata umi lahir, lebam tangan sebab on antibiotic tapi anak umi ni kuat walaupun halus je masa lahir.
“Allah rezekikan masa nak bersalin mudah sangat Alhamdulillah. Masa contraction je rasa apakah perasaan ini hahaha sakit ya ampun tapi beberapa kali push dah selamat lahir.
“Lepas bersalin siap boleh jalan laju sebab tak rasa sakit apa. Rezeki kat situ,” tulisnya.
Penyanyi Adira akhirnya memfailkan permohonan cerai terhadap suami, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih sinonim dipanggil Datuk Red, hari ini.
Lalu memetik mStar, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat telah menetapkan 17 Disember depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.
Terdahulu, penyanyi Pujaan Hati itu difahamkan membuat permohonan cerai pada 1 April lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Menerusi prosiding yang berlangsung itu, Hakim Syarie Mohd Faizal Habib bertanya mengenai pendirian bintang tersebut dan kata Adira; “saya tetap mahu teruskan perceraian ini”.
Bagaimanapun Adnan ketika disoal Mohd Faizal membantah permohonan isterinya itu.
Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi ada memfailkan permohonan cerai melalui kaedah hakam sebelum ini dan prosiding hari ini sepatutnya ditetapkan untuk pelantikan pegawai mahkamah, namun ia ditangguhkan.
Adira hadir ke mahkamah bersama peguam syarie, Siti Nur Zafirah Mohd Padzil dan Adnan hadir bersama dua lelaki dipercayai teman rapatnya.
Adira mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 dan pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.
Foto/Sumber: Instagram Adira/mStar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...