Selebriti Indonesia, Oki Setiana Dewi reda dengan segala ujian yang menimpa selepas doktor mengesahkan anak bongsunya, Sulaiman Ali Abdullah mengidap Prader Wili Sindrom.
Jelas Oki, meskipun dia berasa agak sedih, namun dia tetap bersyukur kerana Allah mempertemukannya dengan doktor-doktor dan jururawat yang komited untuk merawat anaknya itu.
“Hari ini bertemu tim dokter yang akan menangani @sulaimanaliabdullah ke depannya. Hari ini air mata saya kembali menetes.
“Bukan karena Sulaiman dinyatakan mengidap Prader Wili Sindrom, melainkan karena terharu karena kebaikkan Allah yang luar biasa.
“Terharu karena Allah kirimkan dokter-dokter baik hati yang menyemangati saya dan menetramkan saya bahwa beliau-beliau ini mengatakan akan terus mendampingi saya dan Sulaiman ke depannya,” tulisnya.
Ads
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh ibu kepada empat orang cahaya itu menerusi sebuah posting di Instagram pada Rabu.
Sehubungan itu, Oki turut dilihat menitipkan ucapan penghargaan bukan sahaja buat para doktor yang merawat anaknya tetapi juga buat semua petugas kesihatan di seluruh dunia yang selama ini telah melaksanakan tugas mereka dengan baik.
“Tak ada kata lain di bibir ini selain ucapan terimakasih dan doa agar para dokter diberikan kesehatan supaya bisa membantu banyak orang.
“Salam hormat saya untuk seluruh dokter dan tenaga medis dimanapun berada.
Ads
“Semoga Allah membalas semua kebaikan, ketulusan, keikhlasan yang diberikan pada saya, Sulaiman dan seluruh pasien.
“Terima kasih Prof Rinawati, Dr Frida Soesanti, Dr Cut Nurul Hafifah, dan semua dokter yang menangani Sulaiman sejak awal, yang namanya tidak bisa saya sebutkan satu persatu,” jelasnya lagi.
Ads
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga anaknya itu sentiasa berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Sekadar info, Sindrom Prader-Willi adalah penyakit yang jarang berlaku, di mana ia muncul ketika lahir serta menyebabkan beberapa masalah fizikal, mental dan tingkah laku.
Terdahulu, Sulaiman telah dilahirkan pada tanggal 16 November tahun lalu menerusi prosedur pembedahan.
Oki telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Ory Vitrio pada 2013 dan telah pun dikurniakan tiga orang cahaya mata sebelum ini.
Sumber: Instagram Oki Setiana Dewi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Siti berkongsikan perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram sebentar tadi.
Dia pada masa turut mendedahkan, doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut perkataan ‘afwa’.
“Muhammad Afwa lahir pada bulan Ramadan, bulan keampunan dan di dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut afwa.
“Afwa melengkapkan afiyah dan terdapat di dalam doa yang saya dan suami pilih iaitu doa lengkap afiyah.
“Semoga anakanda Muhammad Afwa sentiasa di dalam keampunan dan kemaafan Allah s.w.t. dan kita semua juga di dalam lindunganNya,” tulisnya sambil memberikan kredit.
Foto: Instagram Siti Nurhaliza (aqoimran)
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Misha Omar memberitahu dia tidak menghalang sekiranya anak-anaknya ingin menceburi karier seni nyanyian selepas ini.
Meskipun begitu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkata, dia tetap mahu menitikberatkan soal akademik permata hatinya itu dengan sebaik mungkin.
Jelas penyanyi berusia 39 tahun ini lagi, soal akademik harus diberikan keutamaan.
“Yang paling penting akademiknya. Kalau dah habis sekolah, boleh sahaja kalau nak ceburi dalam bidang nyanyian.
“Jika nak menyambung pelajaran dalam bidang muzik pun, saya mengalu-alukan. Seperti Ernie Zakri contohnya, yang merupakan graduan dalam bidang muzik.
“Kalau anak-anak sudah ada minat ke arah itu misalnya, kita sebagai ibu bapa sudah pasti mahu anak-anak berjaya tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi.
“Insya-Allah saya cuba untuk sokong apa juga kecenderungan mereka,” katanya kepada MH.
Imbas kembali, Misha mendirikan rumah tangga bersama Firros Ezzwan pada 2 Mei 2014.
Hasil perkongsian hidup bersama, penyanyi lagu Tanpa Rela ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Idris Ezzwa, 5 tahun.
Misha juga memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Muhammad Adam Emir yang kini mencecah usia 15 tahun.
Foto: Instagram Misha Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Wany Hasrita ada memuat naik foto bersama bapanya, Hasbullah Haji Hassan bersempena dengan ulang tahun lelaki paling disayanginya itu.
Sambil menitipkan ucapan selamat hari jadi, penyanyi Belenggu Rindu di samping Datuk Jamal Abdillah ini juga turut mendoakan agar bapanya dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia sentiasa.
“Happy belated birthday ayah. Semoga diberikan kesihatan yg baik & bahagia dunia akhirat. Sayang ayah,” tulisnya ringkas sambil disusuli dengan emoji berbentuk hati.
Lantas, perkongsian tersebut terus mendapat peminat apabila masing-masing turut sama memberikan ucapan.
Malah ada di antara mereka juga tidak menafikan wajah Wany saling tak tumpah seperti bapanya itu.
Meski sudah pun dikongsikan beberapa hari lalu, hantaran berkenaan sehingga kini sudah pun meraih lebih 61,000 tanda suka.
Foto: Instagram Wany Hasrita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!