Uncategorized

“Keadaan Huru-Hara Bila…,” – Vanilla Ice Kongsi Detik Cemas Dikuarantin Dalam Pesawat

Share

Penyanyi rap yang popular dengan lagu Ice Ice Baby berkongsi detik cemas saat dia dan 520 penumpang lain harus dikuarantin di dalam pesawat berikutan ramai penumpangnya sakit.

Dia yang bernasib baik kerana berada di kabin yang berlainan sempat mengambil video keadaan huru-hara yang berlaku di luar pesawat itu.

“Jadi, saya baru sahaja mendarat di New York dan baru pulang dari Dubai dan kini saya tersekat di landasan kapal terbang bersama lebih kurang 1000 polis, ambulans dan trak bomba. Ini sangatlah gila.

 

“Kami diberitahu bahawa lebih 100 orang penumpang sakit di tingkat bawah, sangat bersykur saya di tingkat atas. Kapal terbang ini ada dua tingkat,” tulisnya.

 

Tambahnya lagi, Vanilla Ice turut berkongsi perasaannya saat terlibat dalam keadaan itu.

“Hari ini merupakan hari yang ‘seronok’. Saya terbang selama 14 jam dari Dubai ke New York dan keadaan huru-hara bila kami mendarat.

 

“Juruterbang membuat pengumuman mengatakan bahawa kami ada masalah kesihatan yang berlaku di mana ada orang sakit.

 

“Saya pernah mengalami situasi orang sakit di atas pesawat sebelum ini. Selalunya paramedik akan naik dan membawa orang sakit itu turun. Namun, bila saya lihat di tingkat, ya tuhan!

 

“Melihatkan itu, saya menyedari bahawa keadaan lebih serius daripada yang disangkakan. Saya sering ke luar negara namun ini adalah insiden pertama seperti ini berlaku kepada saya,” katanya kepada WPBF-TV.

Semalam, pesawat yang berlepas daripada Dubai dan tiba di Lapangan Terbang J.F Kennedy dikuarantin pihak berkuasa (CDC) berikutan lebih 100 orang sakit iaitu batuk dan demam di dalamnya.

Setelah diperiksa seramai 19 orang disahkan sakit dan dibawa ke hospital serta merta.

Foto:Carian Google

IKLAN