
Selepas bersaing selama lapan minggu, Mazleen menepati ramalan apabila dinobatkan selaku juara program realiti, Kilauan Emas 2025 (KE2025).
Dengan kemenangan yang diraih, Mazleen atau nama sebenarnya, Mazleen Abu Bakatr, 45, membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM30,000, pekej umrah premium, percutian ke Dubai dan trofi sumbangan Astro.
Mazleen yang juga penyanyi Unit Pancaragam Askar Timbalan Setia Negeri Johor berjaya menampilkan persembahan memukau menerusi lagu Bertamu Di Kalbu nyanyian asal Jaclyn Victor.
Mazleen meneruskan rentak kecemerlangan ketika tugasan duet apabila membawakan lagu Naluri Cinta bersama Arip Kilauan Emas 4.
Bukan sahaja memiliki kualiti vokal yang mantap, para juri turut bersepakat menyifatkan Mazleen sebagai penyanyi yang berpotensi besar untuk berjaya di dalam industri seni tanah air.
“Terima kasih kepada keluarga, rakan artis dan semua yang melihat bakat saya. Alhamdulillah, kepada Allah SWT kita berserah,” katanya sejurus diumumkan sebagai pemenang.
Rezeki Finalis 2025
Sementara itu, naib juara pula disandang oleh
Zekrai seterusnya membawa pulang hadiah RM10,000, pekej percutian ke Bali, Indonesia dan trofi sumbangan Astro.
Tempat ketiga dimenangi oleh Nawary. Kemenangan tersebut membolehkan peserta asal Perlis tu maraih hadiah wang tunai RM5,000, pekej percutian di Danang, Vietnam dan trofi sumbangan Astro.
Tempat keempat dengan hadiah wang tunai RM3,000 dan trofi sumbangan Astro pula dimenangi oleh Zanie.
Melengkapkan senarai pemenang adalah Ezan dan Majid di kedudukan kelima dan keenam.
Kedua-dua mereka turut membawa pulang wang tunai RM3,000 beserta trofi.
Sementara itu, Majid turut turut dinobatkan selaku pemenang Anugerah Emas Berkilau Of The Week.
Manakala Ezan pula memperoleh hadiah tambahan berjumlah RM5,000 apabila diumumkan selaku pemenang Cabaran 30 Hari Nestle Gold.
Malam kemuncak KE2025 telah diadili oleh barisan juri profesional iaitu Erra Fazira, Roy Azman dan Ning Baizura manakala Datuk Yusof Haslam pula bertindak sebagai juri jemputan.
Pentas akhir ini turut digamatkan lagi dengan persembahan daripada artis jemputan Tam Spider.
KE2025 bersiaran secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105) atau strim menerusi Astro One dan sooka.
Sistem pemarkahan ditentukan melalui 70% juri profesional, 20% juri awam serta 10% undian penonton di rumah. Juara musim ini bakal membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Selain konsert mingguan selama lapan minggu, peminat juga boleh mengikuti Diari Kilauan Emas 2025 bermula 11 Ogos, setiap Isnin hingga Jumaat jam 11.30 malam, serta Kapsul Profil Peserta mulai 5 Ogos jam 3 petang.
Untuk musim ini, Elly Mazlein kembali sebagai pengacara utama, dibantu pelawak Joey Daud yang mengendalikan segmen belakang pentas dan diari.
KE2025 juga boleh distrim secara fleksibel menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO dan aplikasi sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini