Pempengaruh media sosial terkenal Indonesia iaitu Saal Haerid, mengungguli anugerah utama All Asia Influencers Award (ASIA) 2024, sekali gus melakar sejarah dengan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$10,000, trofi eksklusif, dan pakej percutian mewah ke Dubai.
Tempat kedua pula dirangkul Abyan Calief juga Indonesia yang membawa pula trofi, wang tunai AS$5,000 dan percutian ke Dubai manakala pempengaruh Malaysia, Imranul Effendi membawa pulang trofi, wang tunai AS$3,000 dan percutian ke Dubai.
Kemenangan berkenaan diumumkan pada malam kemuncak ASIA2024 yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Hotel Flamingo, Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Selain anugerah utama, Saal turut meraih kategori Kategori Ciptaan Kandungan Terbaik yang melayakkannya membawa pulang trofi dan wang tunai AS$1,000.
Bagi kategori Suntingan Terbaik pula telah disandang oleh Herony dari Filipina dan Karya Ulasan Makanan Terbaik menjadi milik pempengaruh Indonesia, Abyan Calief yang mendapat pengiktirafan atas kreativiti dan keunikan kandungannya.
Kategori Penyampai Cerita Terbaik pula berpihak kepada Berliana dari Indonesia sementara Anugerah Pilihan Orang Ramai menjadi rezeki pempengaruh Malaysia, Ananda Natasha.
Ads
Pengerusi ASIA2024, Datuk Abd Rahman Soltan berkata, ASIA2024 juga mencatat sejarah tersendiri apabila meraih 254 juta tontonan kandungan di media sosial menggunakan tanda pagar AllStarInfluencerAward2024 sepanjang program berlangsung.
Abd Rahman menambah, ASIA2024 bertujuan mempromosikan tiga elemen utama pelancongan tempatan iaitu kebudayaan, lokasi menarik dan bersejarah, serta makanan melalui platform media sosial, sekali gus mampu meningkatkan pendapatan negara.
“ASIA 2024 menampilkan konsep unik dengan mengetengahkan tema Visit Malaysia 2026, peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, World Tourism Day Melaka dan Visit Melaka 2024,” katanya.
Ads
Acara gilang gemilang itu dirasmikan oleh Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Dr Yasmin Mahmood, dengan kehadiran lebih 60 pempengaruh media sosial dari Jepun, Taiwan, China, Vietnam, Indonesia, Thailand, Korea Selatan dan Filipina.
Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Menurut Abd Rahman lagi, konsep tahun ini juga memberi fokus kepada Melaka sebagai destinasi utama, di mana peserta berpeluang mempelajari kebudayaan perkahwinan Melayu di Melaka.
Ads
“Juri yang terlibat sangat arif dalam menentukan kaedah pemilihan pemenang terbaik, dan pihak pengurusan tidak campur tangan atau bersikap pilih kasih. Sejak awal lagi, kami tekankan bahawa pemarkahan dilakukan secara adil,” katanya.
Para hadirin dihiburkan dengan persembahan memukau daripada selebriti terkenal seperti Bella Astillah, Yonnyyboii, dan kumpulan 53 Studio.
Acara ini antara sebahagian daripada program empat hari yang dianjurkan oleh Aston Creative, dengan matlamat meraikan bakat dan kreativiti dalam penghasilan kandungan digital.
Sebanyak 13 kategori anugerah disampaikan, memberi pengiktirafan kepada individu dan kumpulan yang telah memberi impak besar dalam dunia media sosial di peringkat Asia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suami kepada pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson dilaporkan telah ditahan polis pada Isnin, bagi membantu siasatan selepas wanita itu mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, bagi membantu siasatan.
Menurutnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Kuantan hari ini (Selasa) bagi mendapatkan perintah tahanan reman.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 akta sama dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga,” katanya ketika dihubungi, lapor Harian Metro.
Sementara itu, menurut sumber, kejadian berlaku pada jam 10.00 pagi 26 November lalu apabila pelakon terbabit berada di kediaman di Kuantan, Pahang, didatangi suaminya sebelum berlaku perselisihan faham.
“Difahamkan pelakon terbabit ingin tinggal berasingan selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
“Ketika itu, mangsa diugut suaminya yang ingin membunuhnya jika keluar dari rumah sebelum dicederakan,” katanya.
Terdahulu media melaporkan mengenai hantaran dimuat naik Zahnita di media sosial yang sekali gus mengejutkan ramai apabila dia berkongsi dua foto menampakkan matanya yang lebam.
Tidak memperincikan apa yang berlaku, Zahnita atau nama sebenarnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, menjelaskan, seboleh-bolehnya enggan membuka pekung di dada, namun keadaan memaksa untuknya berbuat demikian.
Pelakon Lan Zailan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.21 pagi Khamis di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Berita sedih itu dikongsi sendiri oleh isteri Lan iaitu Ruby Sara Omar yang memberitahu Allahyarham meninggal dunia akibat kanser.
“Iya, arwah meninggal dunia pukul 4.21 pagi. Semua keluarga ada di sisi ketika arwah menghembuskan nafas terakhir,” katanya, petik mStar.
Terdahulu, Lan atau nama sebenarnya, Zailan Kamaruddin dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan sejak Ahad selepas keadaan kesihatannya kurang stabil.
Arwah sebelum ini disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat dan telah menjalani rawatan sejak 27 November sebelum dibenarkan pulang pada Sabtu.
Allahyarham mula aktif dalam dunia lakonan sejak tahun 1980-an dan telah membintang pelbagai filem dan drama sepanjang penglibatannya dalam industri seni.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber: mStar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penampilan anak lelaki Misha Omar, Muhammad Idris Ezzwa yang tampil memperkenalkan ibunya pada Misha Omar Back To Basic Showcase, pada Sabtu menjadi tular di media sosial sehingga ke hari ini.
Ramai yang memuji kepetahannya bercakap dengan sebutan bahasa Inggeris yang baik pada usia lapan tahun.
Malah, Misha sendiri jarang mendedahkan anak-anaknya kepada umum dan selain Idris, Misha turut memiliki seorang anak angkat lelaki, Adam yang kini berusia 17 tahun.
Terdahulu menerusi segmen pembukaan showcase, Idris tampil bersahaja dengan kemeja putih telah tepukan gemuruh hampir 2,000 peminat yang memenuhi Jio Space, Petaling Jaya.
Sepanjang persembahan, Misha yang sudah 22 tahun bergelar anak seni turut menyampaikan lagu-lagu daripada penyanyi lain termasuk artis antarabangsa selain seleksi hits lagu sendiri.
Misha membuka persembahannya menerusi beberapa buah lagu daripada album terdahulu antaranya Cinta Adam dan Hawa, Sembunyi, Tiada Ku Mengerti dan Dedebu Cinta.
Turut disampaikan pada malam itu adalah lagu Pulangkan, Ku Seru, Masihkah Ada Rasa itu, Bunga-Bunga Cinta, Sampai Bila dan ditutup dengan lagu Semoga Abadi.
Penerima trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) sebanyak tiga kali itu turut menyampaikan lagu hits Lady Gaga dan Bruno Mars, Die With A Smile duet dengan Juara Bintang RTM 2018, Hariz Fayahet.
Selain peminat rakan artis yang sama-sama hadir menyaksikan persembahan Misha termasuk Ella, Aina Abdul, Shila Amzah, Ernie Zakri, Syamel dan Nabila Razali.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.