Menjadikan negara India sebagai satu destinasi yang mencipta banyak kenangan, pelakon Azhan Rani turut berkongsi sisi ‘hitam’ di sebalik negara itu.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, pelakon drama bersiri Nur itu mengakui bahawa salah satu bandar di negara itu iaitu Kathmandu, Nepal dilihat agak serabut apabila terdapat beberapa gelung wayar kabel elektrik yang berbelit.
Sekali gus, ia menyebabkan bekalan arus elektrik mudah putus.
“Kau rasa ko layak nak cakap pasal serabut? “Kau belum tahu apa tu maksud serabut melainkan ko apply kerja tnb kat #kathmandu ni..
Ads
“Masa di bandar #kathmandu ko jangan seronok sangat bila dok dalam bilik hotel dengan aircond dan electricity.. kejap2 blackout.. dan blackout dia bukan kejap2.
“Ada time dari petang ni sampai tengahari esok.. bila ko jalan2 kat bandar ni ko akan tengok gigih orang tnb dia pakai baju orang awam biasa je tengah repair kabel2 tu..
“Sebenarnya repair tu tak lama. yang lama dia bergaduh sesama sendiri nak teka kabel yang mana problem.. try ini tak kena. try yang tu pun bukan.. begitulah seterusnya sampai abang jamil mampos,” tulisnya sambil disertakan beberapa keping gambar di sekitar kota di India.
Pelakon Hanis Zalikha berkongsi momen istimewa bersama anak sulung, Yusuf Iskandar membantunya menyediakan menu masakan di dapur.
Jelas Hanis, Yusuf cukup gemar membantu apa sahaja yang dilakukan dan ternyata memudahkan rutin hariannya.
Lebih melucukan, sewaktu memasukkan bahan-bahan di dalam mesin kisar, bawang putih disebut sebagai coklat chip oleh kanak-kanak berusia tiga tahun ini.
“I loveee cooking early in the morning with @theyusufiskandar . Semua dia nak buat dah jadi macam little helper everyday. Nasi nak cedokkan.
“Telur pun nak tolong pecahkan. Yang tak kena mengena macam letak air dalam ice tray pun buat. Tolong Mommy selalu ya sayang,” tulisnya.
Pernah terpalit dengan isu membuka hijab, adik kepada penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Sairah mendedahkan apa yang pernah berlaku kepada dirinya sebagai asam garam kehidupan.
Malah, bintang yang pernah hits menerusi lagu ini kekal untuk mengharapkan doa ramai agar dia mampu menjadi wanita sebaik-baiknya pada masa depan.
Terdahulu, ibu kepada bintang Ceria Megastar Ministar, Ummi Ummairah turut kembali bergelar ibu Disember tahun lalu dan dikurniakan bayi perempuan hasil perkahwinannya bersama Mohd Sharidan Johari pada Februari 2018.
“Saya pun ada pengalaman sebegitu juga. (membuka tudung). Pada saya, saya tak boleh cakap apa-apa. Yang penting kita istiqamah lah. Saya pun buat kesilapan tu… tapi alhamdulillah sekarang saya kembali bertudung dan insyAllah doakan yang terbaik.
“Paling penting orang di luar sana, kita jangan blame mereka (buka tudung). Mungkin ada sebab tertentu yang kita tak tahu. Doa kalian itu yang membuatkan mereka akan berubah sedikit demi sedikit.
“Jadi, kita kena sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka,” katanya optimis seperti yang dipetik Majalah Nona.
Ditanya apa yang membuatkan dirinya mahu kembali istiqamah dan tanam azam, Sairah mengakui ia berlaku seiring status.
“Iyalah, kita ni bila dah berkeluarga kita taknak suami kita bertambah ‘beban’ dia. Jadi bila kita bertudung tu.
“Salah satunya adalah kerana sebagai umat Islam kita perlu bertudung. Kepada mereka yang buka tudung atau belum bertudung, kita doakan yang terbaik untuk mereka,” jelas Sairah yang turut menjelaskan dirinya begitu menyenangi penampilan yang ringkas.
“Saya seorang yang sangat simple. Selagi ada tudung yang macam menyenangkan, saya akan pakai. Saya jenis pakai yang sarung dan terus siap!
“Orang kalau follow IG saya memang tahu saya punya tudung macam mana. Sangat simple.Jenis material pilihan pula saya tak kisah. Yang penting senang dibentuk dan selesa. Macam chiffon… dan tudung bawal antara yang paling saya suka,” akui Sairah.
Pada masa sama, Sairah turut memilih kakaknya sendiri iaitu Siti Nurhaliza sebagai rujukan fesyen berhijab.
“Bila tengok Kak Iti bertudung, saya suka tengok. Tapi kita ni jenis yang simple, apa yang ada sarung je. Cara Kak Iti bertudung juga beri inspirasi dekat saya untuk pakai tudung yang dia pakai.
“Sejujurnya bila dapat berkumpul ramai-ramai dengan adik-beradik, kami memang suka berborak. Antara topik kami bila berjumpa ialah mekap. Kak Iti memang suka cerita bab mekap.
“Masing-masing ada minat sendiri tapi kami boleh kongsi berbual tentang apa saja. Jarang sekali ‘membawang’. Misalnya antara Kak Saida dan Kak Iti mereka akan lebih bercerita pasal kewangan sebab Kak Saida yang urus hal kewangan syarikat,” imbau Sairah.
Personaliti media sosial, Kak Girl atau nama sebenar Nur Amira Maslan, 32 menafikan dakwaan segelintir netizen yang menganggap penceraiannya berpunca kerana kian dikenali menerusi video video parodi lip sync.
Menerusi perkongsian video @bestfmmalaysia, Kak Girl menindakkan kata-kata netizen yang menyifatkan punca cerai adalah kerana video-video viralnya sebelum ini.
“Kalau nak cakap secara klishe, memang kami tiada jodoh. Puncanya mungkin dari kurang persefahaman, tetapi ada netizen yang mendakwa saya bercerai disebabkan terkinja-kinja buat video seperti sebelum ini adalah satu fitnah.
“Perceraian ini juga tiada kena mengena dengan personaliti saya, karier dan kerjaya saya.
“Hal ini (bercerai) ini juga disebabkan dari kami, kami yang bermasalah dan kami sepakat untuk berpisah.
“Apa yang dikatakan setengah netizen itu adalah melampau,” katanya yang kini terlibat dalam bidang pengacaraan dalam sebuah majlis di sekitar Johor Bahru.
Dalam pada itu, Kak Girl turut berterima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan dirinya.
“Terima kasih kepada mereka yang mendoakan saya. Insyallah saya okay sahaja.
“Doakan yang terbaik untuk saya, terima kasih,” akhirinya.
Terdahulu, Kak Girl dan bekas suami, Mohd Hafizi Marzuki bercerai talak satu pada 20 Oktober lalu di Mahkamah Syariah Johor Bahru.
Pasangan ini berkahwin pada 20 Februari 2015 dan tidak dikurniakan cahaya mata setakat ini.
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.