Categories: Uncategorized

Kata Nak Diamkan Diri Untuk Sementara Waktu Tapi, Faiz Roslan Is Back!!

Share

Nama Faiz Roslan hangat diperkatakan netizen bulan Ramadan ini setelah muncul dengan isu ‘tak puasa’ yang mengheretnya ke kancah kontroversi.

Susulan itu, dia mengumumkan akan ‘berehat’ sementara untuk muhasabah dirinya sendiri setelah teruk dikecam orang ramai.

Malah MH difahamkan bahawa dia turut ‘deactivate’ akaun Instagram miliknya pada 31 Mei lalu.

Bagaimanapun, semalam MH mendapati bahawa Faiz sudah kembali semula di laman Instagram apabila memuat naik beberapa insta story dirinya bersama rakan-rakan sedang berbuka puasa.

]Selain itu, Faiz juga sudah kembali beroperasi menjalankan ‘paid review’ yang sering dilakukannya.

“I dah ‘declined’ semua DM I, jadi kalau ada yang nak buat review atau yang belum selesai korang boleh DM I balik. Terima kasih dan minta maaf,” tulisnya.

Setakat ini, Faiz masih belum memuat naik apa-apa foto di laman Instagramnya malah ruangan komen juga turut ditutup.

Apa-apapun, MH harap agar sepanjang 5 hari dia ‘berehat’ ini dapatlah Faiz muhasabah diri agar kesilapan lama tidak berlaku lagi.

Sumber & Foto: Faiz Roslan  IG

IKLAN