Pelakon Lana Nodin tampil memberikan komen membabitkan isu hangat, baru-baru ini.
Menurut Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nodin, tindakan tersebut hanya akan memberikan kesan buruk terutamanya buat anak kecil bila sudah meningkat dewasa nanti.
Ads
“Kalau awak cukup matang, lebih baik diam sahaja daripada membuka aib bapa kepada anak sendiri. Esok budak tu sudah besar tengok malu sahaja.
“Kata nak berpisah secara baik, kenapa nak kena jelaskan dan buka aib? Esok orang buka aib kau baru kau tahu,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Chow Kit itu menerusi ruangan komen di Instagram rasmi sebuah program hiburan.
Ads
Pada masa sama, Lana turut menasihatkan agar individu terlibat untuk reda dengan setiap perkara yang berlaku.
Ads
“Teruskan kehidupan, Allah sahaja tahu kalau kau sedih tapi bila awak memilih untuk bagitahu satu dunia, mungkin anda bukanlah mangsa. Jadilah bijak,” kongsinya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & kredit Foto: Instagram Lana Nordin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pemenang Anugerah Penyampai Radio Popular, Khairy Jamaluddin bakal memanfaatkan segala pengalamannya di konti radio jika diberikan peluang untuk kembali ke kancah politik satu hari nanti.
Menurut Khairy atau lebih mesra disapa KJ, setiap momennya bersama stesen radio Hot FM akan menjadi antara kenangan manis di dalam hidupnya.
“Terlalu banyak momen indah saya di dunia radio ini. Seperti ramai yang kata, saya sudah ‘rosak’. Namun, pengalaman ini akan menjadi kenangan indah bagi saya.
“Kalau saya kembali ke dunia lama saya satu hari nanti, ini pengalaman sangat berharga. Malah, saya mungkin boleh menjadi insan yang lebih baik dari segi pemahaman orang ramai,” katanya kepada MH.
Bekas Ahli Parlimen, Rembau itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Anugerah Bintang Popular ke-36 yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA, malam tadi.
Sementara itu, KJ turut memberikan bayangan bahawa dia bakal kembali ke ‘habitat’ asalnya iaitu bergelar ahli politik namun masanya masih belum diketahui.
“Dunia baharu ini, saya hanya akan singgah sekejap sahaja. Mungkin bila tiba waktu yang sesuai, saya akan kembali ke alam semulajadi saya.
“Bilakah waktunya? Saya tak tahu lagi. Ketika ini, saya sangat gembira dengan keadaan di sini,” ujarnya.
Ditanya sama ada ucapannya saat menerima anugerah mempunyai maksud tersirat, KJ mendedahkan ia hanyalah peringatan buat semua pihak.
“Saya hanya ingin sampaikan mesej kepada orang ramai. Kita kena percaya dengan perancangan Allah.
“Seperti kisah saya, pintu rezeki telah ditutup serta dikeluarkan daripada ‘kumpulan’ dan dunia asal saya. Namun, saya tidak menyalahkan sesiapa.
“Kenyataan itu tidak ditujukan kepada sesiapa. Seperti saya katakan tadi, kita buat yang terbaik dan biar Allah buat yang selebihnya.
“Alhamdulillah Dia telah buka pintu rezeki baharu buat saya. Saya tidak rasa kekok walaupun ada pihak yang mengejek. Saya bersyukur dapat peluang baharu ini,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, KJ turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua warga kerja Hot FM dan TV3 yang banyak memberikannya tunjuk ajar untuk bergelar penyampai radio.
“Cabaran bergelar penyampai radio ini adalah untuk belajar perkara yang saya tidak tahu. Ia seperti hari pertama di sekolah. Saya tidak tahu apa-apa.
“Cara pembawakan dan penyampaian dalam dunia lama saya sangat berbeza. Saya terpaksa belajar dengan cepat.
“Sebab itu saya dedikasikan kemenangan ini kepada rakan-rakan saya di konti. Mereka guru saya. Kemenangan ini disebabkan guru yang baik,” akhirinya.
Terdahlu, kemenangan KJ itu sekali gus mengetepikan cabaran daripada empat penyampai radio lain iaitu Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo, dan DJ Sonic.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Qi Razali memaklumkan dia kini sudah selamat bergelar tunangan orang dan bakal mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.
Menurut Qi atau nama sebenarnya, Qushairi Mohammed Razali, dia kini sudah pun mula membuat persiapan dan berharap agar segala urusannya dipermudahkan.
“Saya kini memang dalam perancangan untuk berkahwin, in sha Allah. Ketika ini, kami di dalam fasa untuk membeli barangan kahwin.
“Jika tiada aral melintang, perancangannya saya akan berkahwin pada tahun hadapan,” katanya kepada MH.
Bekas anggota kumpulan OAG itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media filem Babah yang berlangsung di Menara Ken, Kuala Lumpur pada Isnin.
Belum bersedia mendedahkan gerangan bakal isteri, Qi memaklumkan dia dan teman wanitanya yang bekerja di belakang tabir itu sudah dua tahun menyulam cinta sekali gus berhasrat melangkah ke fasa perkahwinan.
“Bakal isteri saya berusia 28 tahun dan merupakan orang di dalam industri tetapi bukan di hadapan kamera. Nanti bila tiba masanya, saya akan beritahu juga.
“Tahun lepas kami berkenalan tetapi belum serius. Selepas berjumpa denhan pihak keluarga, barulah kami rapat. Majlis merisik dan bertunang berlangsung pada hari raya yang lepas.
Pernah beberapa kali gagal dalam percintaan, Qi memaklumkan dirinya tidak pernah serik untuk berusaha mencari pasangan hidup.
“Saya tidak pernah meletakkan diri dalam keadaan belum bersedia untuk berkahwin atau tidak mahu mempunyai pasangan.
“Saya mahu setiap perhubungan itu berlaku secara semula jadi. Bila hubungan saya yang lepas berakhir, saya akan betul-betul tinggalkan segalanya.
“Kemudian, kita berjumpa semula dengan orang yang kita selesa. Saya tak pernah memaksa diri untuk mengenal atau melupakan seseorang. Biarlah makan tahun sekali pun,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai ciri-ciri yang ada pada bakal isterinya yang membuatkan dia jatuh hati, ini jawab Qi;
“Ciri-ciri yang saya cari adalah seseorang yang mampu buat kita gembira tanpa perlu dibuat-buat atau meminta-minta.
Sebelum ini, mungkin kerjaya yang menjadi antara faktor penghalang.
“Kini, kalau saya berjumpa dengan seseorang yang selesa dan parcaya pada impian masing-masing, itu sudah cukup memadai untuk membawa hubungan ini lebih serius,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi yang juga bekas anggota kumpulan One Direction, Liam Payne dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh dari balkoni sebuah hotel di bandar Buenos Aires, Argentina.
Petik TMZ, kejadian dilaporkan berlaku pada petang Rabu, waktu tempatan.
Sehingga kini, belum ada keterangan terperinci mengenai berita kematian bintang itu daripada pihak berkuasa.
Bagaimanapun, khabar tersebut yang nyata mengejutkan para peminatnya menjadi sorotan di media sosial ketika ini.
Liam Payne atau nama sebenarnya, Liam James Payne dilahirkan di Wolverhampton, England dan mendiang mula meniti puncak populariti sejurus menyertai program realiti, The X Factor pada tahun 2008.
Dua tahun selepas percubaan pertamanya itu, dia sekali lagi mencuba nasib untuk bergelar penyanyi pada usia 16 tahun dan diserapkan bersama empat peserta lain, iaitu Harry Styles, Niall Horan, Louis Tomlinson, dan Zayn Malik.
Kelima-lima mereka dikenali sebagai One Direction sekaligus berjaya menduduki tempat ketiga di dalam pertandingan berkenaan.
Antara lagu popular One Direction termasuk What Makes You Beautiful, Gotta Be You, One Thing dan banyak lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Foto: Instagram Liam Payne
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...