Uncategorized

“Kat Masjid Bapak Dan Atok Korang Je Yang Datang”,- PU Amin Mahu Tekad Berdakwah di Sosmed

Share

Meskipun ada ketikanya dikritik netizen saat membuat penjelasan mengenai sesuatu perkara, namun Pu Amin tetap meneruskan usaha dakwahnya itu melalui media sosial buat remaja.

Menerusi entri di akaun Instagramnya, dia menegaskan mahu terus berdakwah di media sosial seperti Facebook dan Instagram kerana medium tersebut membuatkan remaja semakin ‘hanyut’ dengan perkara-perkara yang kurang sihat.

“5 tahun aku buat Kuliyah Maghrib , mengajar kitab di Surau dan Masjid sekitar Selangor , payah nak nampak bebudak muda bawak buku mengaji ilmu sama sama.

 

Sebab kita orang muda suka cari ilmu dekat media sosial,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi gambar tersebut, netizen telah memberikan respon pelbagai dalam ruangan komen.

Walaubagaimanapun, Amin nekad mahu meneruskan dakwahnya itu kerana medium utama pada masa kini adalah media sosial yang semakin meluas.

Foto : Instagram Pu Amin

IKLAN