Uncategorized

Kartunis Lengkuas Meninggal, Cerita Mat Despatch Kisah Benar

Share

Pasti anda masih ingat dengan kartun Mat Despatch dalam Majalah Ujang hasil ilham daripada Kartunis Lengkuas.

Melalui perkongsian rakan kepada kartunis ini, Ibrahim Ujang Anon di akaun Facebooknya, dia telah menyampaikan berita sedih bahawa Kartunis Lengkuas telah meninggal dunia pada pagi tadi.

“INNALILLAHIWAINNAILAIHIRROJIUN

 

“Pagi ini dapat berita mengejutkan Kartunis Lengkuas (Pelukis kartun MAT DISPATCH dalam Majalah Ujang ) telah kembali ke rahmatullah.Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya dan termasuk kedalam golongan orang-orang yang di redhoi.

 

“*Jenazah kini di hospital selayang,”tulisnya.

Salah seorang pemilik akaun Facebook yang bernama Caron How Choy Sim telah meninggalkan komen di ruangan komen dengan menyatakan selepas ini tiada lagi watak Caron dalam kartun Mat Despatch selepas pemergian kartunis ia buat selama-lamanya.

Rentetan daripada komen tersebut ramai yang terkejut rupanya kartun yang dihasilkan oleh arwah adalah berkisarkan kisah benar.

Menurut Sinar Harian pula, Allahyarham Lengkuas atau nama sebenarnya Zainuddin Saleh, 53, dipercayai meniggal dunia akibat komplikasi darah tinggi dan buah pinggang.

Semoga Arwah ditempatkan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan rohnya sentiasa dirahmati ALLAH SWT.

Sumber: Facebook Ibrahim Ujang Anon & Sinar Harian

IKLAN