
Kecoh apabila seorang individu dapat menangkap beberapa gambar sikap tidak bertanggungjawab sesetengah peniaga yang terlalu mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesihatan orang lain.
Perkara ini terjadi di Stadium Melawati Shah Alam baru-baru ini sewaktu orang ramai sedang sibuk berpusu-pusu memenuhi ruang legar stadium untuk menonton perlawanan bola sepak yang berlangsung sepanjang Sukan SEA 2017.
Seorang individu berpakaian serba hitam dikatakan telah menadah air paip ke dalam sebuah botol kosong dan membawa terus ke tempatnya.
Melihat sesuatu yang mencurigakan, perakam segera menangkap gambar dan memerhatikan gelagat peniaga tersebut.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat individu terbabit membawa bekas yang dipenuhi air paip itu terus ke meja meniaganya lalu menuangkan air tersebut di dalam bekas bancuhan air milo.
Tindakan lelaki ini telah membuatkan ramai netizen bersuara dan memberi respons terhadapnya…
Kenapa orang ckp normal bila peniaga bancuh air guna air paip… Aku terkejut k sbb baru tau… Omg ????
— _adilah (@adilahshari) August 28, 2017
gg guna air paip then jual.
— Den (@xliviousx) August 29, 2017
@afidmo that’s why I don’t buy cordial drinks like this. They use air paip. ? that’s why its only RM1. https://t.co/LSFHv1urgQ
— Fatin Azizi (@FatinAzizi) August 29, 2017
i’ve been drinking air paip ke all this while?!?!???
— 5’9 (@harrishermy) August 28, 2017
air paip is the worst!! you don’t know what kind of bacteria you’re shoving down your throat!
— ?♔ (@zeenizm) August 28, 2017
Namun ada di antara mereka turut berkata ia adalah perkara nomal buat semua peniaga air…
Namun bagi kami, walaupun ia dikatakan normal dan perkara biasa yang dilakukan oleh mana-mana penjual air, tetapi kita haruslah titik beratkan tentang penjagaan kesihatan kerana dikhuatiri air paip tidak bersih dan mendatangkan kemudaratan kepada pembeli.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI