“Eh. Bukan main graf dia melonjak sampai macam tu. Ramai dah kena macam ni. Hari kena kat diri sendiri. Adoi.
“Tak tahu nak marah siapa kat tnb ni. Call operator pun, dorang cuma jalankan tugas.
“Salahkan sistem, orang yang buat. Siapa orang tu?,” tulisnya.
Ads
Tambah pelakon drama Korban Kasih itu lagi, sebuah lagi rumahnya yang terletak di Cyberjaya turut menerima nasib yang sama meski pun rumah tersebut kosong dan tidak berpenghuni.
Rumah kat cyberjaya yang tak duduk pun kena charge ada penggunaan elektrik? Time pkp hantu berdisco bukak suiz kot kat dalam tu.
Discount 15%, sauk balik berpercent percent. Tak nice la tu. Sorrylah lepaskan geram kat sini, at least marah tu tak tertuju kat sapa2. Kang aku membebel kat meter tu orang ckp gila
Usahawan tudung, Mawar Karim baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya pada 5 Jun lalu.
Sambil menzahirkan rasa syukur, ibu tunggal beranak satu iki turut berkongsi foto serta video pendek sekitar sambutan hari jadi yang disambut cara sederhana.
“Alhamdulillah today my birthday, 5 June. Thanks a lot semua yg wish, celebrate my birthday.
“Tak pandai nk taip panjang2 my mission n visi seterusnya Alhamdulillah semua nya tercapai selama ni.
“Bersyukur sentiasa di kelilingi orang yg baik,ikhlas,syg cheq. Alhamdulillah rezeki cheq sentiasa ada.
“Apa pun Maryam la paling excited,” tulis Mawar sambil disusuli dengan ucapan dari para pengkutnya.
Terdahulu, Mawar sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Fizo Omar pada November 2013.
Bagaimanapun, pasangan yang dikurniakan seorang cahaya mata ini mengambil keputusan untuk berpisah, seterusnya membawa haluan masing-masing pada Julai tahun lalu.
Foto: Instagram Mawar Karim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan selebriti, Bella Astillah dan suaminya Aliff Aziz bakal menimang cahaya mata perempuan dan perkara itu telah pun dikongsikan menerusi media sosial masing-masing pertengahan bulan lalu.
Bakal menghitung hati menantikan ahli keluarga bau, Bella turut memuat naik foto terkininya di Instagram.
Dalam ramai yang melakukan cabaran #LathiChallenge dan #WipeItChallenge, pelakon, Norman Hakim tampil dengan melakukan cabaran terbaru iaitu #BarzakhChallenge.
Menurut pengacara Mingguan Wanita itu, cabaran tersebut lebih baik dilakukan berbanding #LathiChallenge kerana boleh menimbulkan rasa insaf seolah-olah berhadapan dengan saat kematian.
“Ini bukan #LathiChallenge. Ini #BarzakhChallenge namanya. Suka tak suka, semua orang akan lalui terutama orang Islam dengan kaedah macam ni.
“Kalau saja nak ‘try dan feel’ #BarzakhChallenge ni, Insha Allah senang je.
“Saya dah try, Ma Shaa Allah memang menginsafkan terutama orang yang banyak dosa macam saya ni.
“Barang-barang yang diperlukan untuk #BarzakhChallenge ni agak ringkas sikit dari #LathiChallange. Yang bestnya boleh simpan terus.
“Andai diperlukan bila betul-betul ‘sampai masa’ nanti benda dah ada.
“Jadi ini dia barang-barang persiapan untuk #BarzakhChallenge:
“Cari dan potong kain putih, ukuran panjang ikut tinggi tubuh badan masing-masing dan lebihkan 1 kaki 6 inci di kedua-dua hujung kepala dan kaki
“Kain putih yang wajib hanya selapis sahaja. Tetapi lebih utama jika 3 lapis bagi lelaki dan 5 lapis bagi perempuan.
“Untuk lelaki di sunatkan membuat baju (tidak berjahit) dan serban. Sementara bagi perempuan dipakaikan telekung (tidak berjahit).
“Koyakkan di tepi kain selebar 14 inci untuk digunakan sebagai tali pengikat sebanyak 5 utas tali.
“Kapas pun kena ada dan nak bagi lagi ‘feel’, sediakan kapur barus secukup rasa aroma dan baunya.
“Senang sikitkan dari #LathiChallenge? Lepas dah mintak tolong orangpakaikan, bukak apps Surah Yaasin, pastu pejam je mata diam-diam dan ‘feel’ the moment dari mula-mula kita lahir sampai la kita berbaring ni.
“Mudah je, tak payah nak menari-menari bagai lepas tu buat muka menakutkan. Yang atas ni pun, takyah buat muka. Saya tengok balik pun saya dah seram,” kongsinya.
Tambah Norman, tujuan tersebut dilakukanuntuk memberi kesedaran kepada masyarakat, khususnya umat Islam.
“Saja nak share, pada 19 Disember 1111 Hijrah, periwayat hadis kita Imam Al-Ghazali, Allah tarik nyawa dengan cara macam ni.
“Dia kafankan diri dia sendiri, posisikan diri dia pada arah kiblat dan Allah terus tarik nyawa dia sebab dia dah tahu saat ajal dia nak tiba,”tulisnya
Terdahulu, #LathiChallenge menjadi tular kerana keunikan lagu dan solekan yang digunakan.
Foto: Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...