Uncategorized

Kandungan Syatilla Melvin Gugur Ketika Berusia Enam Minggu

Share

Pelakon cantik, Syatilla Melvin dilaporkan telah mengalami keguguran ketika usia kandungannya baru sahaja mencecah enam minggu.

Pelakon yang juga isteri kepada aktor, Shaheizy Sam seperti yang dipetik Berita Harian Online memberitahu, dia mendapat tahu mengenai kehamilan ketika bercuti di luar negara. Bagaimanapun, dia tidak sempat melakukan pemeriksaan.

“Saya mendapat tahu hamil ketika bercuti di luar negara, tetapi belum membuat pemeriksaan kerana tidak mahu keluarga risaukan keadaan saya. Nanti semua kerja tidak boleh buat. Hanya selepas pulang bercuti, baru saya menjalani pemeriksaan. Ketika pendarahan berlaku, saya sedang sibuk mengemas rumah.

 

“Sakitnya hanya Tuhan yang tahu, terutama apabila terpaksa menunggu proses pendarahan itu selesai,” kata bintang berusia 26 tahun ini lagi.

Situasi malang yang menimpanya turut menjadi pengajaran buat dirinya supaya lebih berhati-hati selepas ini.

“Memang kami berharap untuk mendapat anak kedua secepat mungkin. Jika diizinkan Allah, saya mahu lima anak sebelum usia mencecah 40 tahun. Selepas ini, jika ditakdirkan saya hamil semula, saya akan lebih berhati-hati. Mungkin saya akan lebih banyak berehat,” kongsi Tilla lagi.

 

Untuk rekod, Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin mendirikan rumah tangga bersama Sam pada Februari 2016 lalu dan pernah keguguran sebelum dikurniakan cahaya mata, Syeriv Samheizy, 1 tahhun 3 bulan.

Foto: Instagram Syatilla Melvin

IKLAN