Penyanyi Ernie Zakri,29, mendedahkan pada fasa awal kehamilan, dia alami alahan seperti muntah-muntah dan mudah penat hingga menyukarkan aktiviti nyanyian.
Bagaimanapun, selepas kandungannya memasuki tempoh terakhir trimester kedua, situasi mulai berubah dan dia kini dilihat masih mampu menyanyikan lagu nada tinggi dengan baik.
Menurut Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri yang kini hamil tujuh bulan, semuanya adalah rezeki dari Allah SWT.
“Alhamdulillah, ini adalah rezeki. Sebenarnya pada awal kehamilan dan trimester kedua memang tak boleh menyanyi langsung. Saya alami alahan muntah muntah dan cepat penat.
“Tapi, apabila nak ke akhir trimester kedua saya sudah ‘enjoy’ kehamilan ini. Itu sebab saya boleh ambil dan terima tawaran menyanyi. Lagi satu sebenarnya gian menyanyi sentiasa ada walaupun sudah hamil.
Ads
“Mungkin ada orang tak suka menyanyi ketika hamil. Tapi saya lebih suka di atas pentas. Sebab tu tak nak tolak beberapa perkara. Saya fikir selepas ini akan cuti agak lama dalam dua bulan untuk berpantang.
“Jadi biarlah lepas geram dulu. Dalam masa sama keutamaan saya tetap menjaga kesihatan,” katanya yang turut terlibat pada Malam Aspirasi Seni bersempena program Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam tadi.
Selepas selesai membuat persembahan, isteri kepada penyanyi Syamel ini terus ke Shah Alam kerana turut membuat persembahan bersempena Shopee 12.12.
Ads
“Saya bukan ‘push limit’, sebab saya tahu kalau ‘push’ akan ‘flat’, tak boleh bangun dan menyanyi pun. Tapi sebab ada penjagaan saya boleh susun. Dalam seminggu dalam dua persembahan saja.
Ads
“Jadi dapat rehat cukup. Macam malam ini ada dua persembahan secara langsung. Tapi sebab sudah rehat lama sebelumnya, saya okay. Kena ada perancangan juga.
“Doktor pun cadangkan jangan kerja kuat. Tapi tidak ada masalah untuk kerja. Dia suruh banyakkan latihan dan jalan supaya senang bersalin nanti.
“Mugkin saya tidak ada latihan, tapi saya aktifkan diri. Kalau sebelum ni sangat lemah, baring saja dan tak nak ‘online’ media sosial,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Akhirnya tewas… Tiada lagi room service, tiada lagi video call, tiada lagi bilik asing, tiada lagi CCTV we back together… @markadam1079 itu yang sebenarnya.
“Aturan Allah tu cantik sekali…InsyaAllah Amin,” tulis Norazah pada entri foto tangan mereka berdua yang mengenakan ‘gelang pink’.
Perkongsian tersebut menerima reaksi baik-baik daripada rakan dan pengikutnya yang mendoakan agar suami isteri itu lekas sembuh.
Minggu lalu, Mark disahkan positif virus itu sejurus menjalani ujian saringan, mengalami simptom demam dan hilang deria bau tetapi syukur kerana berada dalam keadaan baik.
Jika sebelum ini MH menampilkan berita Preity Zinta yang menggunakan khidmat ibu tumpang bagi mendapatkan sepasang cahaya mata kembar. Ramai yang memberikan reaksi tentang isu tersebut. Ada yang mengimbau kembali filem seperti Chori Chori Chupke Chupke dan juga filem Mimi yang mana kedua-duanya mengetengahkan isu penggunaan ibu tumpang bagi mendapatkan bayi.
Tahukan anda selain Preity Zinta, sebenarnya beberapa pasangan selebriti Bollywood popular turut menggunakan khidmat ibu tumpang bagi mengandung dan melahirkan bayi mereka. Proses ibu tumpang ini dimulakan dengan sperma dan juga ovum suami isteri disenyawakan dan kemudiannya dipindahkan di dalam uterus ibu tumpang.
Jom kita lihat siapakah selebriti Bollywood yang mendapatkan anak dengan cara ini.
AAMIR KHAN
Pada tahun 2011, pelakon terkenal ini dan bekas isterinya, Kiran Rao membuka cerita kepada umum yang mereka mengunakan khidmat ibu tumpang selepas lama mencuba untuk mengandung secara alami. Selepas lahirnya anak bongsu mereka yang dikenali dengan nama Azad, mereka berkongsi yang kehidupan mereka semakin lengkap.
SHAH RUKH KHAN
Kelahiran AbRam pada tahun 2013 menjadi pelengkap kepada keluarga Shah Rukh Khan dan isterinya, Gauri. Sebelum itu dia sudah memiliki dua orang anak iaitu Aryan Khan dan Suhana Khan yang dilahirkan secara normal.
SHILPA SHETTY
Aktres cantik rupawan ini memilih untuk melalui proses ibu tumpang bagi kelahiran anak keduanya dan suami, Raj Kundra pada awal tahun 2020. Dalam satu temubual bersama media, wanita berusia 46 tahun ini menjelaskan yang faktor kesihatan dan juga pernah mengalami beberapa kali keguguran menjadi sebab mengapa dia memilih untuk menggunakan khidmat ibu tumpang. Sebelum itu dia memiliki sorang cahaya mata lelaki berusia 8 tahun bernama Viaan.
Adik kepada Salman Khan ini merupakan seorang penerbit, pengarah dan juga pelakon. Sohail dan isterinya, Seema Khan. Mereka mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat ibu tumpang selepas 10 tahun kelahiran anak pertama mereka. Maka lahirlah Yohan Khan pada tahun 2011.
Walaupun penggunaan ibu tumpang ini popular di luar negara, namun bagi orang individu beragama Islam ia diharamkan.
Pelakon, Puteri Aishah yang kini sudah bergelar isteri berkongsi momen ketika sedang berbulan madu bersama suaminya, Muhammad Firdaus di London, United Kingdom.
Pemilik nama lengkap Puteri Aishah Sulaiman ini telah berkongsi momen manis itu bersama peminat menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik akaun Instagram miliknya.
Senyuman kegembiraan jelas terukir di wajah pelakon berusia 27 tahun ini ketika meluangkan masa bersama suaminya di sekitar kota tersebut sambil menikmati momen indah bersama.
Malah, pasangan sama cantik sama padan ini kelihatan turut berkongsi foto ketika berada di sekitar kawasan roda feris terkenal dan terbesar di Eropah, iaitu ’The London Eye’.
Melihat di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat menitipkan ucapan buat pelakon drama bersiri Rahimah Tanpa Rahim itu.
“Enjoy your honeymoon Put,” tulis seorang warganet.
“put nampak happy sgt,” tulis peminat.
“Take care you .. happy honeymoon,” titip lagi seorang wargamaya.
“Cantiknya put!! Enjoy your trip sana. Saya sejujurnya cemburu. Sekian,” komen seorang peminat di ruangan komen berkenaan.
Sekadar informasi, Puteri mendirikan rumah tangga bersama Firdaus pada tanggal 21 November lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Puteri Aishah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...