Rasanya jarang sungguh kita dengar Emma Maembong bertutur Bahasa Inggeris.

Namun baru-baru ini, pelakon berdarah campuran Scotland ini telah mempromosikan satu produk kecantikan yang dipercayai milik ibunya membuatkan ramai terkejut dan seakan tidak percaya mendengar ‘slang’ yang digunakan Emma.

Ada yang mengatakan suka mendengar Accent Emma dan tidak sangka pelakon ini boleh bertutur sama seperti orang-orang Inggeris dengan slang british ini.

 

‘Kamu Berdarah Campuran Tetapi Tidak Boleh Bertutur Bahasa Inggeris Dengan Baik’, Ini Respond Emma Maembong

IKLAN

 

Bagaimanapun, ada seorang pengikut yang kurang suka dan selesa mendengar slang Emma.

IKLAN

Malah, individu ini turut mempertikaikan accent serta tatabahasa yang digunakan Emma.

Paling MH terkejut, individu ini turut memberitahu Emma merupakan seorang berdarah campuran sepatutnya boleh bertutur dengan lebih baik dalam Bahasa Inggeris, jadi Emma perlu perbaiki dan brush up pertuturannya itu.

IKLAN

‘Kamu Berdarah Campuran Tetapi Tidak Boleh Bertutur Bahasa Inggeris Dengan Baik’, Ini Respond Emma Maembong

“Hi Emma, Hanya nak memberitahu, Tatabahasa kamu sangat teruk, accent kamu juga begitu. Kamu berdarah campuran tetapi tidak boleh bertutur Bahasa Inggeris dengan sebaiknya. Tolonglah perbaiki tatabahasa kamu dan sebutan,” tulis individu ini menerusi ‘direct message’.

Dalam pada itu, Emma turut meminta individu ini untuk bertenang dan menjelaskan satu persatu.

Menurutnya dia menerima segala teguran dengan terbuka hati namun jika niat menegur haruslah menggunakan bahasa yang betul. Jika benar individu tersebut lebih pandai, berilah tunjuk ajar bukannya dengan menjadi salah seorang ‘makcik bawang’.

“Seriously tak kisan nak tegur. Cuma bahasa tu eloklah sikit. Tak ada orang lahir-lahir terus pandai. Ada orang lambat pandai ada orang cepat pandai. Jadi yang pandai tolong tunjuk ajar. Bukan nak jadi makcik bawang holland.

 

“Jujur saya mengaku saya tak pandai. Tapi saya tak pernah berhenti untuk belajar. Tapi kalau ada orang semangat nak belajar tiba-tiba datang orang macam awak ni untuk jatuhkan orang lain macam mana?

 

“So untuk sesiapa di luar sana janganlahjatuhkan satu sama lain. Kalau ada yang terlebih pandai bantu la orang macam saya yang bodoh ini. Cakap je elok-elok mesti saya belajar lagi,”tulisnya di ruangan Insta Stories.

‘Kamu Berdarah Campuran Tetapi Tidak Boleh Bertutur Bahasa Inggeris Dengan Baik’, Ini Respond Emma Maembong

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI