Penulis buku, Jonathan dan Farel Mikhail menjelaskan pihaknya tidak ada niat mahu menggunakan populariti usahawan sensasi, Kak KM demi melariskan buku Pesona Kebaya tulisan mereka yang telah dilancarkan baru-baru ini.
Menurut Jonathan, keberadaan anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri berkenaan adalah sebagai tetamu jemputan dan atas dasar persahabatan yang telah lama terjalin.
“Terkejut juga apabila ada yang menuduh kami sengaja menjemput Kak KM kerana mahu menggunakan kisah sensasinya bagi melariskan buku Pesona Kebaya. Ada yang cakap, seolah-olah kami mahu menumpang popularitinya dan mempunyai niat tertentu.
“Sejujurnya kami tiada niat nak menggunakan nama Kak KM atau selebriti-selebriti lain yang hadir. Kami sudah anggapnya seperti kakak dan tiada langsung niat mahu mempergunakan mereka untuk menjual buku ini.
“Kami menjemput Kak KM atas dasar persahabatan memandangkan pernah bekerjasama dengan beliau sebelum ini. Lagi pun, inilah masanya untuk berkongsi hari bermakna kami setelah lama impian mahu muncul dengan Pesona Kebaya akhirnya menjadi kenyataan,” katanya.
Jonathan berkata demikian ketika majlis pelancaran buku Pesona Kebaya terbitan FM Group di Pavilion Damansara Heights, pada Sabtu.
Majlis berkenaan turut menyaksikan Kak KM menggayakan baju kebaya rekaan Jonathan dan Farel Mikhail.
Ads
Sementara itu, Jonathan juga meluahkan rasa syukurnya apabila pengusaha jamu itu sudi menyatakan persetujuan untuk hadir ke majlis pelancaran buku tersebut.
“Apabila saya buka saja mulut menjemput ke majlis ini, Kak KM terus menyatakan persetujuan kerana menyokong usaha kami untuk memartabatkan baju kebaya. Iyalah, mungkin tidak ramai orang muda seperti kami yang mahu memartabatkan baju kebaya yang menjadi warisan budaya Malaysia.
“Bagi kami, anak-anak muda memainkan peranan penting dalam meneruskan budaya turun temurun nenek moyang kita. Saya harap buku Pesona Kebaya ini mendapat sambutan ramai kerana ia berkenaan budaya kita. Siapa lagi mahu berbangga dengan budaya kita kalau bukan kita sendiri,” katanya lagi.
Dalam pada itu, majlis pelancaran diraikan meriah dengan kehadiran rakan selebriti jemputan, rakan media selain persembahan fashion show yang menampilkan kepelbagaian jenis kebaya di negara ini.
Ads
Dalam pada itu, Jonathan dan Farel mempunyai sebab tersendiri dalam menghasilkan buku Pesona Kebaya ini.
Malaysia bersama dengan Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand telah menyerahkan pencalonan bersama bagi pakaian tradisional kebaya ke Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage (ICH) of Humanity bagi tahun 2023.
Ini kerana, kebaya adalah pakaian yang mewakili warisan budaya dan identiti penting bagi kaum wanita Melayu, Peranakan (Baba Nyonya, Chetti & Jawi) dan lain-lain masyarakat di Malaysia serta negara-negara lain di Asia Tenggara.
“Ada yang bertanya, kenapa memilih kebaya sedangkan banyak lagi pakaian tradisional lain yang boleh dijadikan buku. Ini kerana, kebaya mempunyai tarikan dan keunikannya yang tersendiri selain merupakan warisan budaya kita yang harus kita hargai.
Ads
“Dalam buku ini, apa yang kami buat adalah untuk memperkasakan baju kebaya yang menjadi budaya Malaysia.
“Kami nak masyarakat tahu kebaya di Malaysia bukan hanya Kebaya Nyonya dan Kebaya pramugari, sebenarnya ada sepuluh lagi jenis kebaya yang kita patut tahu dan perlu diketengahkan.
“Antara kebaya yang saya maksudkan adalah kebaya Perlis, Pahang, Johor-Riau, Kota Bharu dan banyak lagi. Semuanya kebaya tetapi ada perbezaan dan kelebihan tersendiri yang kita semua harus tahu.
“Selain itu, buku ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pelajar yang mengambil bidang fesyen atau sesiapa sahaja yang meminati fesyen. Mereka boleh melihat perbezaan seperti pola dan cara jahitannya,” katanya.
Jonathan juga bertuah apabila dapat bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) untuk mempromosi baju kebaya dalam dan luar negara. Mereka juga mendapat sokongan daripada Jabatan Warisan Negara & Kolej Komuniti Selayang.
“Jika sebelum ini ada yang mendakwa kebaya berasal dari Indonesia atau Thailand sahaja. Sebenarnya ada perbezaan. Menerusi buku ini, masyarakat dapat tahu dan membezakan kebaya Malaysia dengan negara-negara lain. Kebaya Malaysia sudah tentu ada keunikannya tersendiri.
“Sementara itu, kami berharap kerjasama antara FM Group dengan MOTAC ini dapat memperkenalkan lagi kebaya Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah dan penerbit filem, Datuk Haji Afdlin Shauki kini menambah satu lagi ‘jawatan’ di dalam karier seninya sebagai penulis novel selepas naskhah Papadom mula dipasarkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Novel setebal 160 muka surat yang diterjemahkan daripada skrip filem arahannya, Papadom ini menjadi pilihan pertama Datuk Afdlin Shauki kerana kisah itu mempunyai nilai sentimental dan amat peribadi.
“Cerita Papadom ini saya tulis kerana sebagai seorang ayah, ada rasa kesal dalam diri saya kerana tidak dapat menjadi ayah yang terbaik dan saya mula berfikir tentang ciri-ciri ayah yang terbaik yang saya mahukan.
“Saadom melambangkan kebanyakan bapa di dunia ini yang mempunyai dilema yang sama. Bapa yang menyayangi keluarganya dan mahu memberikan kehidupan terbaik kepada keluarganya, jadi dia bekerja keras untuk keluarganya sehingga tak dapat meluangkan masa bersama keluarga yang dicintai itu.
“Tiadanya keseimbangan dalam kehidupan adalah antara sebab utama permasalahan dalam keluarga. Selalunya manusia berubah bila ada satu insiden besar yang menyentap kehidupan mereka.
“Sewaktu bermain scrabble dengan isteri, saya merenung wajahnya dan bertanya pada diri ini, kalau sesuatu berlaku pada dirinya, apakah saya mampu untuk mengambil alih tugas sebagai ibu kepada anak anak?
“Persoalan itulah yang mencetus idea untuk saya hasilkan naskhah PAPADOM. Sebagai ibu bapa, kita tak dilahirkan dengan buku manual bagaimana nak menjadi ibu bapa yang baik, akan tetapi, kita kena percaya yang Allah SWT akan sentiasa ada bersama dengan kita dan memberi pengajaran yang terbaik bagi diri kita.
“Kita mesti berani melangkah masuk ke alam Papadom dan hadapi segala dugaan dan cabaran-Nya.
“Semoga buku ini memberi manfaat kepada bapa-bapa, ibu-ibu untuk mengenali perangai bapa-bapa dan untuk anak-anak, agar mereka tahu yang walau apapun berlaku mereka adalah permata yg yang ternilai di hati bapa mereka,” katanya.
Papadam dijual pada harga RM19.90 bagi Semenanjung Malaysia, manakala Sabah dan Sarawak pada harga RM22.90. Buat masa ini, novel terbitan YWP Media Sdn Bhd ini hanya dijual di PBAKL 2024 dan bakal memasuki kedai-kedai buku seluruh negara.
Malah, hanya 1,000 naskhah dikeluarkan bagi cetakan pertama.
“Kami juga merancang untuk menyertai acara-acara yang melibatkan pembukuan termasuk pesta buku di setiap negeri,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Datuk Afdlin Shauki kini turut memegang jawatan sebagai Pengerusi YWP Media Sdn yang turut penerbit akhbar mingguan Wilayahku dan merupakan anak syarikat Yayasan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Khai Bahar tampil menjelaskan mengenai dakwaan segelintir netizen di media sosial yang mendakwa dia kini suka ‘berparti’.
Khai menegaskan, dia tidak menghadiri sebarang majlis seperti yang dimaksudkan sejak kehilangan ibu tersayang.
“Saya tak kata saya seorang yang baik. Saya tak ambil kisah apa benda yang kawan-kawan saya nak buat.
“Saya jumpa mereka pun untuk sambut hari jadi dan makan-makan sahaja. Itupun saya kurang berjumpa dengan mereka apabila mak saya sakit sekitar awal 2022.
“Pada masa itu juga saya berhenti secara agresif lepak dengan mereka sebab hormat emak kurang sihat. Kadang-kadang kami lepak pergi karaoke sahaja.
“Padahal karaoke itu biasalah tutup lampu macam bilik vip pasti dihidangkan snek, air berkarbonat dan sebagainya. Saya rasa benda itu sekadar nak hiburkan diri sendiri sebelum mak saya sakit.
“Lepas emak sakit, saya terus berhenti pergi karaoke dan lepak. Fokus utama saya kepada mak. Saya tak pergi sana sini. Sebab benda itu melalaikan saya untuk melupakan mak saya,” katanya, petik Oh Bulan!
Malah jelasnya lagi, dia kini lebih selesa untuk ajak kawan-kawan lepak di rumahnya jika ingin isi masa bersama.
“Saya bagitahu mereka kalau nak jumpa atau karaoke datang ke rumah, kita boleh lepak rumah.
“Bilik saya besar dan ada kelengkapan. Rumah saya ada keluarga iaitu abang, adik dan kakak saya.
Oleh sebab itu, dia menafikan segala dakwaan yang tersebar berikutan parti liar itu.
“Pandangan orang tengok karaoke itu lain-lain. Bilik murah lain, mahal lain. Perkara ini dah dua tiga tahun lepas timbul.
“Sekarang saya memang tiada hati langsung, kosong dan fikir arwah mak saya. Saya rasa semua benda macam ‘stuck’,” katanya lagi.
Khai bagaimanapun tidak menafikan dakwaan itu timbul mungkin disebabkan salah faham antara segelintir pihak.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Fatin Nabila tampil memberikan respon selepas video yang dimuat naik di media sosial yang mengajak netizen untuk menghayati perkongsiannya secara dekat di skrin mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Menurut Fatin, video tersebut dimuat naik hanyalah untuk menyampaikan mesej kepada orang di luar sana agar tidak membanding diri dengan kelebihan orang lain.
“Saya ada memuat naik satu video berkaitan ‘Dekat dengan Fatin, selesa ke tu?’. Saya nampak ramai yang respon, stitch dan memberikan reaksi terhadap video tersebut.
“Dengan izin Allah, niat saya membuat video tersebut hanya satu sahaja. Saya cuma nak menyampaikan mesej agar kita tidak membanding diri dengan orang lain,” katanya.
Video berkenaan dikongsikan oleh Fatin menerusi laman Instagram.
Dalam pada itu, pempengaruh yang terkenal dengan konten-konten spiritual ini juga tampil membuat permohonan maaf dan berjanji akan berusaha memperbaiki kualiti konten-konten yang dimuat naik di platform media sosial.
“Namun, saya sedar, pendekatan saya dalam menyampaikan mesej itu agak salah dan tidak manis dari segi suara dan kedudukan muka yang dekat dengan skrin.
“Jadi, dengan rasa rendah diri, saya benar-benar ingin mohon maaf terhadap kesilapan yang saya lakukan. Banyak sangat perkara yang saya belajar melalui situasi ini.
“In sha Allah berkaitan suara dan reaksi wajah, saya akan lebih perbaiki ke arah lebih baik. Selepas ini, saya akan menghasilkan konten-konten yang lebih baik,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia juga menyambut baik segala komen dan kritikan netizen terhadap dirinya.
“Sebagai muslim, saya akan lebih berjaga-jaga dan teliti dalam proses itu sendiri sebelum memuat naik sebarang konten.
“Terima kasih untuk semua komen-komen positif dan negatif. Saya akan terus perbaiki diri dengan bimbingan asatizah yang bersama dengan saya dan juga anda di luar sana.
“Saya akan fokus untuk menghasilkan konten yang baik untuk memberi manfaat kepada lebih ramai orang,” akhirinya.
Baru-baru ini, video yang dimuat naik Fatin itu telah mendapat pelbagai respon di media sosial dan ada juga yang menjadikannya sebagai bahan jenaka.
Malah, pendakwah terkenal Ustazah Asma Harun turut memberikan teguran dengan mengatakan kaum wanita kurang sesuai untuk memuat naik konten dengan lenggok suara yang lembut dan posisi wajah yang terlalu dekat dengan skrin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Fatin Nabila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...