Ads

“Kami Sangat Terharu…,” – Siti Khadijah Jadi Tumpuan Di Celebfest, Datuk Adzliana Bersyukur UTV Makin Kukuh Tawan Pasaran Singapura

Platform penstriman Over-The-Top (OTT) UTV terus mengorak langkah memperluaskan pengaruhnya ke peringkat antarabangsa apabila menerima sambutan meriah daripada pengunjung pada acara Celebfest yang berlangsung baru-baru ini di Suntec Singapore Convention & Exhibition Centre.

Kemunculan UTV pada festival hiburan dan gaya hidup popular itu nyata mencuri perhatian ramai apabila pengunjung berpusu-pusu ke reruai atau ‘booth’ mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai platform berkenaan yang kini sudah boleh diakses oleh warga Singapura.

Lebih menarik, aplikasi UTV kini boleh ditonton oleh penonton di republik itu dengan setiap kandungan ditawarkan pada harga serendah SGD3.90 sahaja.

Presiden UTV yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Group, Datuk Adzliana Hasan berkata sambutan luar biasa yang diterima membuktikan bahawa kandungan tempatan Malaysia mempunyai tempat tersendiri dalam kalangan penonton serantau.

Menurutnya, penyertaan UTV di Celebfest menjadi platform penting untuk memperkenalkan jenama serta kandungan eksklusif mereka kepada peminat hiburan Melayu di Singapura.

Ads

“Kami Sangat Terharu Dengan Sambutan Pengunjung”

“Alhamdulillah, kami sangat terharu dengan sambutan yang diberikan oleh pengunjung Celebfest. Ramai yang datang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai UTV dan tidak kurang juga yang terus memuat turun aplikasi kami.

“Ini membuktikan kandungan tempatan kita mempunyai peminat tersendiri di Singapura dan kami berharap UTV dapat menjadi platform yang mendekatkan lagi penonton di rantau ini dengan karya-karya berkualiti,” katanya.

Ads

“Kami Sangat Terharu…,” – Siti Khadijah Jadi Tumpuan Di Celebfest, Datuk Adzliana Bersyukur UTV Makin Kukuh Tawan Pasaran Singapura “Kami Sangat Terharu…,” – Siti Khadijah Jadi Tumpuan Di Celebfest, Datuk Adzliana Bersyukur UTV Makin Kukuh Tawan Pasaran Singapura “Kami Sangat Terharu…,” – Siti Khadijah Jadi Tumpuan Di Celebfest, Datuk Adzliana Bersyukur UTV Makin Kukuh Tawan Pasaran Singapura “Kami Sangat Terharu…,” – Siti Khadijah Jadi Tumpuan Di Celebfest, Datuk Adzliana Bersyukur UTV Makin Kukuh Tawan Pasaran Singapura “Kami Sangat Terharu…,” – Siti Khadijah Jadi Tumpuan Di Celebfest, Datuk Adzliana Bersyukur UTV Makin Kukuh Tawan Pasaran Singapura “Kami Sangat Terharu…,” – Siti Khadijah Jadi Tumpuan Di Celebfest, Datuk Adzliana Bersyukur UTV Makin Kukuh Tawan Pasaran Singapura

Siti Khadijah Jadi Rebutan Peminat

Sepanjang festival berlangsung, pengunjung turut berpeluang menyertai sesi ‘meet and greet’ bersama barisan selebriti popular tanah air termasuk Fattah Amin, Amira Othman, Siti Khadijah Halim, Anna Jobling, Arfie Shah serta Nora Danish.

Namun begitu, antara yang paling mencuri perhatian ialah pelakon muda Siti Khadijah apabila menerima kehadiran peminat paling ramai sehingga ada yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk bergambar bersamanya.

Ads

Sesi bertemu peminat bersama Siti Khadijah berlangsung hampir dua jam tanpa henti. Malah, peminat sudah mula menunggu sejak siang hari bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang bertemu pelakon itu pada waktu malam.

Kehadiran Siti Khadijah juga bertujuan mempromosikan drama terbaharu lakonannya, Takdirnya Cinta yang bakal menemui penonton sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini secara eksklusif di platform UTV.

Sambutan luar biasa yang diterima di Celebfest sekali gus memberi isyarat positif kepada UTV dalam usaha memperluaskan pasaran kandungan digital tempatan ke peringkat antarabangsa, khususnya dalam kalangan penonton Nusantara.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Kontroversi Tajuk ‘Malaikat Malam’, Pengarah Jelaskan Maksud Sebenar – “Kalau Nak...

Pengarah filem Malaikat Malam, Nazifdin Nasrudin menegaskan pemilihan tajuk bagi karya terbaharunya itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan unsur keagamaan.
error: Hello. Cannot.