Penerbit Gadis Jolobu The Movie, Saraleana Nattaya Azmi mengesahkan sudah menyerahkan surat tuntutan Letter of Demand (LOD) kepada YouTuber yang didakwa memfitnah filem terbitannya pada 11 Ogos lalu.
Menurut Saraleana yang juga Pengasas Bersama Zebra Studio, pihaknya kini sedang menunggu proses perundangan selanjutnya selepas menerima surat balasan daripada peguam YouTuber berkenaan.
“Kami memandang serius tuduhan dilemparkan oleh YouTuber terbabit yang jelas memfitnah kandungan filem Gadis Jolobu yang dikaitkan dengan unsur lucah dan memburukkan budaya Minangkabau.
“Tuduhan berkenaan nyata menghentam dan bukan mengkritik daripada sudut konstruktif. Jika memberi ulasan secara membina dan ilmiah, kami boleh terima, tiada masalah.
“Setakat ini, peguam sudah memaklumkan sudah menerima surat balasan pada 17 Ogos lalu. Kini, kami hanya menunggu tindakan selanjutnya daripada peguam masing-masing.
“Itu sahaja yang boleh dikongsikan. Kes berada di peringkat awal proses mahkamah,” katanya kepada MH.
Saraleana ditemui media ketika sesi minum petang dan pengumuman kerjasama di antara filem Gadis Jolobu dan platform penstriman, Over-The-Top (OTT), Get Play pada Jumaat.
Ads
Terdahulu, seorang YouTuber memuat naik komen mengundang kecaman dalam laman sosial dan menyifatkan filem Gadis Jolobu arahan CL Hor sebuah karya teruk sehingga memberikan rating ‘infinity shit’.
Filem musikal Gadis Jolobu, projek terbitan Tremendous Entertainment dan Zebra Studio ini diterajui pelakon, penyanyi dan pelawak berpengalaman seperti Datuk Hattan, Khir Rahman, Joey Daud dan bintang baharu, Ahirine Ahirudin menemui penonton di pawagam pada 4 Ogos lalu.
Tambah Saraleana, dia juga menolak dakwaan yang mengatakan dirinya tidak boleh menerima kritikan atau ‘koyak’, sebaliknya hanya mahu menuntut keadilan.
“Saya cuma mahukan keadilan. Saya bukan penerbit tiada etika dalam berkarya. Jika filem Gadis Jolobu berunsur lucah dan merosakkan adat Minangkabau, sudah tentu tidak melepasi tapisan Lembaga Penapis Filem (LPF) yang mendapat PG13.
“Saya sedia maklum ada beberapa penerbit mengadu mengenai YouTuber berkenaan, tetapi tidak memanjangkan isu ke peringkat undang-undang.
Ads
“Saya tidak ‘koyak’, tetapi apa yang dilakukan lebih kepada memikirkan keadilan dan nasib penerbit baru lain sekiranya perkara sama berlaku kepada mereka.
“Sekiranya apa yang saya lakukan ini boleh membantu industri, saya terus cuba berjuang,” katanya.
Katanya lagi, tindakan diambil bukan disebabkan kutipan filem terjejas, sebaliknya karya terbabit menyasarkan ke pasaran antarabangsa.
“Bercakap soal kutipan, kami memang tak fokus kutipan di Malaysia sajaja. Ini kerana, filem Gadis Jolobu lebih tertumpu ke pasaran antarabangsa seperti China, Filipina, Indonesia, Brunei dan Thailand.
“Lagipun penonton tempatan belum sepenuhnya ke panggung. Malah, filem Gadis Jolobu juga tidak boleh disamakan dengan kutipan filem Mat Kilau yang lebih sensasi kerana filem kami mengangkat dialek Negeri Sembilan dan adat pepatih,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, pengarahnya, CL Hor berkata, filem Gadis Jolobu kini boleh ditonton di platform Over-The-Top (OTT), Get Play bermula 26 Ogos ini.
“Get Play adalah konsep terbaru yang membolehkan penonton membayar setiap kandungan seolah-olah membeli tiket di panggung wayang.
“Secara ringkasnya, Get Play turut berfungsi sebagai platform untuk mempamerkan dan mengembangkan karya tempatan ke seluruh dunia.
“Sebagai permulaan, setiap RM1 langganan akan disalurkan kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan sempena Bulan Kemerdekaan,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh dan pelakon, Noreen Iman berkongsi beberapa foto kandidnya ketika melakukan aksi ‘runway’ di acara Kuala Lumpur Fesyen Week 2022 (KLFW22) di Pavilion, Kuala Lumpur minggu lalu.
Menjadi antara barisan ‘muse’ untuk koleksi Neostalgia bagi label fesyen Neonate, Noreen secara seloroh menulis kapsyen humor buat tatapan peminat di Instagram.
“Catwalk Norreen. Bukan buat show (emoji menari). Plussize tak plussize, kita enjoy. Walaupun paha berlaga berirama music jedag jedug,” tulisnya disusuli kapsyen.
Sementara itu menerusi hantaran sebelumnya, dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kepercayaan terhadapnya melakukan peragaan menerusi program fesyen tahunan itu.
Pelakon drama Ash & Aish itu pada masa sama menzahirkan rasa terujanya apabila berpeluang buat ‘catwalk’ bersama idolanya, Datuk Aznil Nawawi yang turut menjadi ‘muse’
“Walaupun berjalan seperti muatan terlebih harus ikut lorong kiri, but me just vibing with the song, with the people who attended to the show who cheered up for me.
“THANK YOU GUYS! I love the moment, the experience. IT WAS THE LONGEST WALK IVE EVER DID IN MY LIFE HAHA.
“I never thought @karlshafek and the team @neonate.company made such a lovely dress for a plus size woman like me. So comfortable, no doubt. Baju dia memang tutup aib kita MAK LOVE!
“The best part was, i get to walk with PAKNIL @aznilnawawihm! She nervous dapat walk dengan idol kita.
“P/s : aku bukan model ye, mana tau orang pelik asal aku jalan happy-happy gitu. Maklumlah, peha kita ni berlaga, kang kalau catwalk lebih, takut bergesek berapi pulak peha den haha,” tulisnya lagi.
Penyanyi Usop meluahkan rasa syukur apabila isterinta, Nur Fatihah Md Hashim kini menutup aurat dengan tampil bertudung penuh.
Malah Usop atau Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24, menjelaskan dirinya terharu dengan perubahan Nur Fatihah yang sebelum ini hanya mengenakan turban sahaja.
“Sekitar empat bulan lalu saya pernah cakap kepada isteri, jika mahu dimurahkan rezeki kenalah jaga penampilan termasuk menutup aurat. Sejak daripada itu, dia mula berubah sedikit demi sedikit.
“Saya terharu apabila isteri berusaha ke arah itu malah dia banyak membeli tudung untuk dipakai… Awal dahulu dia hanya pakai turban dan sekarang sudah bertudung penuh,” katanya memetik mStar.
Bagaimanapun, Usop tidak menafikan wujud perasaan bimbang sekiranya isteri diuji dalam proses istiqamah.
“Gembira tetapi ada juga rasa bimbang kalau hatinya diuji dan kembali kepada imej asal. Sebab itu saya cukup takut nak beri komen jika lihat mana-mana selebriti yang buka tudung kerana khuatir terkena pada batang hidung sendiri.
“Gambar-gambar isteri tidak bertudung pun saya akan padam, cuma mengambil sedikit masa disebabkan terlalu banyak,” jelasnya yang sentiasa mendoakan agar hati si isteri sentiasa kuat dalam mencari keredhaanNya.
Usahawan yang pernah melahirkan single berjudul Hujan dan pernah menyertai Big Stage 2022, Iqbal Zukefli berkongsi pengalamannya berlakon filem bersama bekas majikan, Datuk Seri Vida.
Bergandingan menerusi filem berjudul Gui, Iqbal memberitahu pada awalnya dia tidak diberikan skrip dan semuanya dilakukan secara spontan.
Bagaimanapun, atas kepercayaan produksi, beberapa babak melibatkannya telah ditambah.
“Lakonan saya dengan Datuk Seri Vida dalam filem Gui yang akan ditayangkan di @astrofirst.official.
“‘Gui’ bermaksud hantu dalam Bahasa Mandarin. Senang hati dapat berlakon bersama @fauziahnawi , @iamellymazlein , @azadsyaziraroses , @bellngasriofficial dan @radin_era.
“Waktu ini saya dengan Dato Seri Vida hanya beraksi di depan kamera sahaja tanpa bercakap apa-apa walau duduk sebilik.
“Setahun saya tidak berbicara baik dengan Dato Seri Vida. Dalam lakonan orang nampak kami mesra bergurau senda, usik mengusik. Apapun, kata semua ‘chemistry’ kami kuat untuk lakonan.
“Di set penggambaran, kami tidak ada skrip. Semua aksi dan skrip adalah spontan. Setelah pengarah lihat saya mampu berlakon, tiba-tiba banyak scene yang ditambah,” tulisnya di dalam sebuah hantaran di Instagram.
Malah menerusi perkongsian sama, Iqbal turut terharu apabila dia sekali lagi telah ditawar untuk membintangi sebuah filem dan telefilem lain selepas ini.
“Juga syukur di set juga saya terus dapat dua tawaran filem dan telemovie lagi untuk seterusnya. Saya tetap mentah perlu banyak belajar.
“Ini semua atas bantuan pengarah, krew dan pelakon yang hebat mengajar saya. @saphirescreen @hasnizanordin. Tunggu tayangannya. Ada bakat berlakon tak saya agaknya ya?,” tanya Iqbal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.