Uncategorized

‘Kami Dah Beli Tiket Penerbangan Dan Hotel’ – Peminat Berang Konsert Sheila Majid Di Jakarta Ditunda

Share

Aduh cuba bayangkan kita dah seronok nak pergi tengok konsert penyanyi kesayangan di negara orang lain dan tiket penerbangan juga hotel sudah dibeli kemudian dapat berita konsert tersebut ditunda pula.

Itulah yang dirasakan oleh peminat ratu jazz negara, Sheila Majid yang terpaksa berputih mata apabila konsert penyanyi kesayangan mereka ditunda atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Berita konsert ini ditunda dikongsi oleh Sheila menerusi akaun instagramnya dimana dia turut berkongsi semula posting tersebut daripada akaun instagram pihak penganjur, IME Indonesia.

Rata-rata peminat hampa dengan pengumuman yang dibuat oleh pihak penganjur konsert dan Sheila ini. Mereka juga turut berang dan mengeluh kerana tiket penerbangan sudah dibeli dan hotel juga sudah ditempah.

Namun begitu menurut pengumuman tersebut, tiket konsert yang sudah dibeli masih boleh digunakan untuk tarikh baru konsert Sheila nanti.

Kadang-kadang kita hanya merancang tapi sebaik-baik perancang adalah ALLAH SWT. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. MH harap peminat-peminat Sheila dapat bersabar ya.

Sumber: Instagram Sheila Majid

IKLAN