Ads

“Kami Dah Beli Barang Warna Biru…,” – Ayda Jebat & Nabil Mahir Terkejut Bakal Timang Anak Perempuan, ‘Gender Reveal’ Disimpan Dalam Sampul!

Bakal menimang cahaya mata perempuan, pasangan selebriti Nabil Mahir dan Ayda Jebat mendedahkan mereka hanya mengetahui jantina anak ketika acara ‘gender reveal’ yang berlangsung pagi tadi.

Menurut Nabil, sewaktu isterinya membuat pemeriksaan kandungan, mereka sudah memaklumkan kepada doktor agar merahsiakan jantina anak dan memasukkan keputusan itu ke dalam sampul.

“Kami Dah Beli Barang Warna Biru…,” – Ayda Jebat & Nabil Mahir Terkejut Bakal Timang Anak Perempuan, ‘Gender Reveal’ Disimpan Dalam Sampul!

“Sebenarnya tiada siapa pun yang tahu jantina anak kami sebelum ini. Kami sendiri pun tak tahu. Bila kita buat pemeriksaan kesihatan dan jantina bayi, kami sudah maklumkan lebih awal kepada doktor yang kami tidak mahu tahu dahulu tentang jantina bayi.

“Bila keputusan pemeriksaan sudah keluar, hanya jururawat sahaja yang tengok dan sahkan semuanya. Jadi, dia masukkan keputusan itu dalam sepucuk sampul.

“Baru pagi tadi rakan kami sahkan dan rancang tentang perjalanan gender reveal ini. Jadi, kami pun baru tahu tadi,” katanya kepada MH.

Nabil dan Ayda berkata sedemikian ketika ditemui di majlis gender reveal yang berlangsung di The Journal Hotel, Kuala Lumpur pada Sabtu.

“Kami Dah Beli Barang Warna Biru…,” – Ayda Jebat & Nabil Mahir Terkejut Bakal Timang Anak Perempuan, ‘Gender Reveal’ Disimpan Dalam Sampul!

Turut berlangsung pada pagi tersebut adalah pelancaran muzik video lagu terbaharu Ayda berjudul Kentoot serta sambutan hari lahir anak keduanya, Aali Mateen yang ke dua tahun.

Ads

“Kami Dah Beli Barang Warna Biru…,” – Ayda Jebat & Nabil Mahir Terkejut Bakal Timang Anak Perempuan, ‘Gender Reveal’ Disimpan Dalam Sampul!

Sangka Lelaki, Rupanya Perempuan

Sementara itu, Ayda memaklumkan dia meramalkan bakal menimang cahaya mata lelaki kerana pengalaman kehamilan kali ini dirasakannya hampir sama ketika menghamilkan Aali.

“Kami Dah Beli Barang Warna Biru…,” – Ayda Jebat & Nabil Mahir Terkejut Bakal Timang Anak Perempuan, ‘Gender Reveal’ Disimpan Dalam Sampul!

“Berdasarkan pengalaman lalu, bentuk perut dan cara mengidam, kami rasa bakal timang anak lelaki. Pengalamannya macam sama seperti saya hamilkan Aali.

“Bila tengok imbasan ultra sound. Kami hanya lihat muka sahaja. Kami sudah beli baby cot, tilam dan selimut barwarna biru. Tak tahulah sama ada kami perlu tukar atau tidak,” ujarnya.

Ads

Utamakan Kesihatan Anak

Dalam masa sama, Nabil memberitahu walau apa pun jantina anak yang bakal dilahirkan, dia lebih mengutamakan tahap kesihatan bayi tersebut.

“Kami Dah Beli Barang Warna Biru…,” – Ayda Jebat & Nabil Mahir Terkejut Bakal Timang Anak Perempuan, ‘Gender Reveal’ Disimpan Dalam Sampul!

“Alhamdulillah. Kami bersyukur bakal dikurniakan cahaya mata perempuan. Sebenarnya tak kisahlah anak lelaki atau perempuan, yang penting keadaannya sihat.

“Tolong doakan yang baik-baik. Lagi pun Nyla memang nak ada adik perempuan. Kiranya kami berjaya buat impiannya tercapai. Dia mahu panggil adiknya itu Mimi. Jadi, kami kena fikirkan nama yang sesuai,” katanya lagi.

Tambah Ayda, kehamilan kali ini sememangnya agak mencabar, apatah lagi apabila terpaksa berdepan dengan jadual kerja yang padat.

Ads

“Kami Dah Beli Barang Warna Biru…,” – Ayda Jebat & Nabil Mahir Terkejut Bakal Timang Anak Perempuan, ‘Gender Reveal’ Disimpan Dalam Sampul! “Kami Dah Beli Barang Warna Biru…,” – Ayda Jebat & Nabil Mahir Terkejut Bakal Timang Anak Perempuan, ‘Gender Reveal’ Disimpan Dalam Sampul!

“Sejujurnya saya memang sangat penat. Bila Nabil buat story board untuk muzik video, saya minta untuk tidak kerap muncul di dalamnya.

“Biarlah artis lain yang banyak keluar, saya hanya mahu selit-selit sahaja. Pada kehamilan kali ketiga ini, saya tak tahu sama ada faktor usia atau saiz kandungan, saya jadi makin penat dan tercungap-cungap.

“Saya tak pernah rasa keadaan seperti ini pada dua kehamilan terdahulu,” akhirinya.

Sekadar informasi, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 dan kini mereka sudah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ana Nayla dan Aali Mateen.

Ayda dijangka bakal melahirkan cahaya mata ketiganya itu pada penghujung Januari tahun hadapan.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Didakwa Pegang Kemaluan Pelakon Lelaki, Pengarah Terkenal Disaman

Pengarah dan pelakon Hollywood, Tyler Perry, 56, sekali lagi mencuri perhatian apabila berdepan satu lagi saman sivil yang difailkan oleh seorang pelakon lelaki dikenali...
error: Hello. Cannot.