Ads

“Kami Berfikir Panjang…,” – Roslan Shah Nafi ‘Tunggang’ OKU, Dedah Mass Factorz Sendiri Terbuka Sertai Night Walk

Penyanyi dan pengacara, Roslan Shah tampil menyangkal dakwaan kononnya dia sengaja menjadikan pempengaruh yang juga orang kelainan upaya (OKU), Mass Factorz sebagai bahan jenaka ketika menjadi tetamu undangan program YouTube, Night Walk.

Menurut Roslan, dia dan pihak produser pada awalnya tidak bercadang memilih Mass Factorz sebagai tetamu kerana bimbang akan timbul isu sensitif dan kecaman.

“Kami Berfikir Panjang…,” – Roslan Shah Nafi ‘Tunggang’ OKU, Dedah Mass Factorz Sendiri Terbuka Sertai Night Walk

Bagaimanapun, Mass Factorz difahamkan tetap terbuka untuk mengikuti sesi tersebut atas alasan tersendiri.

“Pada awalnya, kami tak boleh nak menerima keadaan Mass Factorz yang kurang berkemampuan untuk sertai program Night Walk.

“Selain seorang wanita, dia juga merupakan OKU. Kami bimbang akan menerima kecaman. Lagipun, dia hanya boleh bergerak menggunakan kerusi roda.

“Bagaimanapun, dia sendiri yang menawarkan diri dan nak sangat sertai program kami ini. Jadi, produser saya pun bersetuju. Walaupun ada yang memuji dan mengecam, pada saya ini rezekinya.

“Dia menerima bayaran sebanyak 2,000 Dollar Singapura Dollar kerana berjaya menamatkan cabaran selama satu jam di tapak perkuburan,” katanya kepada MH.

Ads

Roslan berkata demikian ketika ditemui di program Anugerah Paling Viral Online, baru-baru ini.

“Kami Berfikir Panjang…,” – Roslan Shah Nafi ‘Tunggang’ OKU, Dedah Mass Factorz Sendiri Terbuka Sertai Night Walk

Banyak Faktor Dipertimbangkan

Mengulas lanjut, Roslan menjelaskan terdapat pelbagai faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum dia dan produser akhirnya bersetuju menampilkan Mass Factorz dalam program tersebut.

“Kami Berfikir Panjang…,” – Roslan Shah Nafi ‘Tunggang’ OKU, Dedah Mass Factorz Sendiri Terbuka Sertai Night Walk

“Kami sebenarnya berfikir panjang sebelum nak menerima Mass Factorz sertai program ini. Sebolehnya kami tidak mahu menjemput tetamu wanita lagi.

Ads

“Sebelum ini, kami mendapat teguran daripada golongan agamawan ketika menjemput Datuk Seri Vida. Bila berlakunya insiden terpegang, ia menimbulkan isu yang sensitif.

“Namun, atas desakan Mass Factorz, produser kami bersetuju. Lagipun, dia memang mahu menolong Mass Factorz dan keluarganya.

“Malah, kita juga tak boleh nak pandang berbeza kepada OKU. Mereka juga manusia. Jadi, kami bersetuju buat cabaran ini tapi tanpa perlu bersentuhan,” kongsinya lagi.

Dalam masa sama, Roslan turut mengakui tidak menyangka program Night Walk menerima sambutan luar biasa dalam tempoh yang singkat.

Ads

“Kami Berfikir Panjang…,” – Roslan Shah Nafi ‘Tunggang’ OKU, Dedah Mass Factorz Sendiri Terbuka Sertai Night Walk

“Saya pun tak menjangkakan program Night Walk ini bakal mendapat sambutan luar biasa. Segalanya berlaku secara spontan. Kami bukan memuja atau mencari hatu.

“Kami buat program ini hanya untuk hiburan sahaja. Kami bermula di Tik Tok dan di kini di YouTube pula. Dalam masa tiga bulan, saluran YouTube MBK Film Studio sudah berjaya memperoleh lebih 100,000 pengikut.

“Antara video yang berjaya mencetuskan fenomena adalah ketika kami menjemput artis seperti Sajat dan Fattah Amin.

“Saya juga terkena tempiasnya. Dahulu orang lihat saya biasa sahaja. Ketika ini, daripada kanak-kanak sehingga orang tua, mereka teruja dan menjerit bila nampak saya,” akhirinya.

Setakat ini, video Night Walk bersama Mass Factorz telah pun meraih lebih 150,000 tontonan di YouTube.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Pengorbanan Berbaloi… Berlatih Sampai Sakit Badan,” – Iskandar Ismail Usaha 200%...

Penyanyi asal Singapura, Iskandar Ismail menyifatkan segala pengorbanannya untuk menguasai lagu Telugu popular, Golimaar nyata berbaloi apabila namanya diumumkan juara minggu ke lapan Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), malam tadi.
error: Hello. Cannot.