Nampaknya nama pelakon, Kamal Adli kian hangat diperkatakan setelah mengalami masalah dalam hubungan cinta bersama pelakon cantik, Emma Maembong akibat campur tangan orang ketiga yang dikatakan kini sudah berakhir.

BACA JUGA > Dilamar ahli Perniagaan, Emma Maembong Akui Kini Solo

Kamal Adli Hilang Satu Lagi ‘Kesayangan’

Lebih menyedihkan buat finalis Super Spontan itu apabila sekali lagi dia kehilangan ‘kesayangannya’ iaitu motor besar berkuasa tinggi (Superbike ) jenis Aprillia Shiver.

Kamal Adli Hilang Satu Lagi ‘Kesayangan’

IKLAN

Berita kehilangan itu dikongsi menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman sosial Facebook sahabatnya, Rafiudin Hasan kira-kira jam dua petang semalam.

Kamal Adli Hilang Satu Lagi ‘Kesayangan’

IKLAN

Menurut Rafiudin, motor berwarna hitam bernombor WXW 4645 itu dipercayai hilang di kediaman mereka. Di Taman Chempaka Ampang.

“Salam kawan-kawan bikers. Sahabat saya Kamal Adli telah kehilangan motor jenis Aprilia Shiver no plate WXW 4645 berwarna hitam pagi tadi.”

 

“Motor hilang di depan rumah di Taman Chempaka Ampang. Mohon jasa baik semua jika ternampak motor ini, sila hubungi nombor ini segera 017-2780948. Terima kasih semua.” Ujarnya di ruangan kapsyen.

Rafiudin turut meminta orang ramai menghebahkan perkara ini dan menghubungi nombor 017-2780948 jika ternampak atau ada maklumat mengenai kenderaan tersebut.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Kamal Adli akan berentap bersama lapan peserta Ozlynn, Sharif Zero, Mamak Puteh, Shahrol Shiro, Achey Bocey, Shuk SYJ dan Fad Bocey di peringkat akhir Super Spontan Superstar 2017.

Pusingan akhir bakal menyaksikan semua peserta bersaing secara individu untuk meraih gelaran juara SSS2017.

MH Online ucapkan semoga berjaya buat Kamal dalam pusingan akhir Super Spotan. Diharapkan segala permasalahan dapat diselesaikan dengan baik dan semoga terus kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan yang mendatang ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI