Categories: Uncategorized

‘Kalau Tukar Cleanser Kena Restkan Muka Seminggu’ – Betul ke? Penulis Blog Kecantikan Persoal ‘Mitos’ Kecantikan

Share

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Kalau korang perasan pun, dah bermacam produk cantik kita boleh jumpa sekarang ini dan yang paling ‘common’ tentunya produk putihkan kulit.

MH tak faham kenapa lah wanita ni obses sangat nak kulit putih? Apa kulit kurang putih tak cantik ke? Dayang Nurfaizah, Aishwariya Rai cantik je.

Dalam pada itu, muncul pula pelbagai teori dan tips-tips kalau nak kulit putih, mulus dan gebu tu. Setakat letak yougurt semua tu, MH pernah lah dengar juga tapi ada yang merepek-repek tu macam…

Terbaru, seorang penulis blog kecantikan, Iman Abdul Rahim memuat naik status di laman twitter miliknya mempersoalkan kebenaran bahawa kalau ingin menukar produk pencuci muka, kena ‘rest’ muka seminggu.

Ternyata ‘Tweet’ tersebut mendapat banyak respon daripada netizen. Ada yang kata kena ‘rest’ 2 minggu lah, sebulan lah. MH pelik la mana korang dapat ideologi ini?

Bagaimanapun, MH faham bahawa kulit muka setiap orang berbeza, ada yang bernasib baik, tak pakai produk apa pun muka tetap ‘flawless’ gitu, ada yang sensitif, setiap masa kena jaga.

Dalam pada itu,bagus juga ada perkongsian begini, sekurang-kurangnya netizen ada tempat untuk bertanya mengenai sesuatu produk atau tips kecantikan. Tak adalah membuta tuli ikut sahaja orang kan.

Apa-apapun, pada MH, kecantikan luaran penting begitu juga dengan kecantikan dalaman jadi jagalah juga kesihatan tu ya, jangan main sebat je produk yang tidak diketahui bahannya sebab nak cantik.

sumber: Twitter Iman Abdul Rahim

IKLAN