Uncategorized

‘Kalau Tapak Kaki Koyak Atau Luka Jangan Memandai Nak Jadi Doktor Sendiri’ – Hafiz Suip

Share

Penyanyi popular, Hafiz Suip mengalami jangkitan pada tapak kakinya selepas dia mengambil jalan untuk meletakkan minyak pada tapak kakinya yang luka.

Hal ini dikongsi oleh Hafiz sendiri menerusi akaun Instagramnya dengan menunjukkan kakinya yang sudah bertampal.

“Ya Allah permudahkan urusan ku ini ya Allah…leg infections…so kepada korang semua kalau tapak kaki korang ada koyak atau luka jangan memandai mandai nak jadi doktor sendiri letak minyak itu lah ini lah..ini akibat nya..nasib baik doktor kata dia tak ambik ibu jari kaki kang orang tanya “hafiz mana? Hafiz puntong” ?,” tulisnya.

Aduh seram pula MH apabila Hafiz berkata nasib baik ibu jarinya tidak diambil oleh doktor.

Rata-rata netizen menerusi ruang komen telah mendoakan agar kaki Hafiz segera pulih seperti sediakala.

mey5556: Salam abg hafiz….kenape dengan Kaki Tu….harap harap cepat sembuh ye…aminnn

shimaedwin: Semoga semua d permudahkan dan semoga cpt semboh…InsyaAllah

azlanalbukhary: Ko sapu minyak sri murni kot ni @hafizsuip haha.. get well soon bro.. ??

Ha untuk korang yang di luar sana tu, jadikan perkara yang berlaku kepada Hafiz ini sebagai iktibar dan jika berlaku kecederaan pada tubuh badan korang tu jangan memandai-mandai nak jadi doktor sendiri ok! Cepat-cepat pergi dapatkan rawatan daripada doktor.

Apapun MH doakan agar kaki Hafiz segera sembuh seperti sediakala.

Sumber: Instagram Hafiz Suip

IKLAN